KUALA LUMPUR: IJM Corporation Bhd, pengendali Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE), menyokong penuh insiatif kerajaan memberikan pengguna lebuh raya lebih banyak pilihan sistem bayaran termasuk melalui kad debit dan kredit.
Ketua Pegawai Operasi Pengurusan Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff, berkata syarikat konsesi memuji inisiatif kerajaan dan komited sepenuhnya dalam memastikan kelancaran pelaksanaan sistem pembayaran terbuka untuk tol di lebuh raya.
"Melalui inisiatif ini, pengguna lebuh raya boleh menggunakan kad debit atau kredit, antara lain, sebagai kaedah pembayaran tol," katanya, dalam kenyataan. di sini, hari ini.
Menurut Wan Salwani, syarikat konsesi telah mengadakan pelbagai perbincangan dengan Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia serta pihak lain yang berkaitan sejak awal tahun ini mengenai perancangan sistem pembayaran terbuka.
"Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Alexander Nanta Linggi) ada menyebut bahawa menjelang September ini, sistem pembayaran terbuka akan disediakan kepada orang ramai dan oleh itu kami berusaha untuk memenuhi garis masa tersebut," katanya.
Selain lebuh raya BESRAYA dan NPE, sistem pembayaran terbuka tersebut turut melibatkan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur dan Lebuh Raya Koridor Guthrie serta Jambatan Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023
Syarikat konsesi memuji inisiatif kerajaan dan komited sepenuhnya dalam memastikan kelancaran pelaksanaan sistem pembayaran terbuka untuk tol di lebuh raya. - Gambar fail/BERNAMA
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Gangguan bekalan air tidak berjadual di empat kawasan Wilayah Petaling
Empat kawasan di Wilayah Petaling dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, berikutan insiden paip pecah di tepi Lebuh Raya Besraya.
Berlari di Besraya lebih mencabar daripada NPE
Buat julung kalinya, IJM Allianz Duo Highway Challenge akan melibatkan larian pada waktu malam.
20 kenderaan rosak selepas isi minyak di Petronas Solaris
Petronas Dagangan Berhad memohon maaf atas perkara itu dan telah menghubungi semua pemilik kenderaan yang terjejas.
Diskaun 10 peratus di lebuh raya IJM sempena CNY
Lebuh raya yang terlibat termasuk Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).
Kadar tol 18 lebuhraya naik mulai 15 Oktober
Mulai 15 Oktober 2015, 18 syarikat konsesi lebuh raya akan mengenakan kadar baharu bagi laluan tol.
Kadar tol 18 lebuh raya naik mulai Khamis
Lapan belas syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang hari ini mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM3 berkuat kuasa Khamis ini.