PUTRAJAYA:Syarikat Malaysia mempunyai keupayaan untuk menjalankan kerja baik pulih kabel dasar laut, demikian menurut Persatuan Pemilik-pemilik Kapal Malaysia (MASA).
MASA menyambut baik keputusan kerajaan untuk memansuhkan pemberian pengecualian dasar kabotaj bagi kapal asing yang membaik pulih kabel dasar laut di perairan Malaysia.
Pengerusinya Datuk Abdul Hak Md Amin berkata syarikat Malaysia mempunyai empat kapal kabel yang layak dan diperakui dan ketika ini digunakan oleh industri bagi pemasangan dan penyenggaraan kabel dasar laut.
Beliau berkata syarikat berkenaan berpengalaman melebihi 40 tahun dalam membaik pulih kabel dan rangkaian kabel, namun, terpaksa mencari peluang di negara lain seperti Indonesia dan mendaftarkan kapal mereka di sana kerana tidak mendapat perniagaan seumpama itu di Malaysia.
"Mereka akan mendaftarkan satu daripada kapal mereka di Malaysia sekiranya mereka mempunyai perniagaan di sini," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Pengecualian kabotaj bagi kapal asing diberikan oleh bekas Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada April 2019 selepas dimohon oleh syarikat telekomunikasi.
Pengecualian itu yang dibatalkan berkuatkuasa mulai 15 Nov, sebelum ini membenarkan syarikat dan kapal asing untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih kabel dasar laut tanpa perlu memohon pengecualian pelesenan perkapalan domestik.
Abdul Hak berkata, semasa pengecualian ini dilaksanakan, semua kerja baik pulih kabel dasar laut di perairan Malaysia dilaksanakan oleh syarikat berdaftar di Singapura, dan ini menimbulkan kesan tidak produktif untuk mendorong persaingan.
Beliau berkata operasi baik pulih mengambil masa antara 29 dan 48 hari, lebih lama berbanding tanggapan umum bahawa pengecualian itu diperlukan untuk menjadikan kerja baik pulih yang tidak melebihi 27 hari.
Abdul Hak menegaskan pembatalan itu tidak akan mewujudkan monopoli ke atas syarikat Malaysia berikutan syarikat asing masih dibenarkan untuk bekerja di negara ini.
"Sekiranya telco memohon (bagi kerja-kerja baik pulih), kita akan lihat, selepas dua hari, jika kapal Malaysia tiada, kita akan maklumkan kepada Kementerian Pengangkutan dan kita boleh membawa masuk kapal asing ini. Ia akan mengambil masa hanya dua hingga tiga hari," katanya.
Beliau selanjutnya memberi jaminan bahawa penarikbalikan itu tidak akan menjejaskan kelajuan dan perkhidmatan Internet.
Katanya, semasa tempoh pengecualian kabotaj ketika syarikat Singapura mengambil masa sehingga 48 hari untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan, tiada gangguan ketara dilaporkan ke atas perkhidmatan Internet di Malaysia.
Mengenai kebimbangan bahawa kos kerja-kerja pembaikan yang dijangkakan meningkat, Abdul Hak berkata dasar kabotaj tidak mempunyai impak ke atas harga baik pulih berikutan ia ditentukan oleh zon penyelenggaraan.
"Apa yang mendorong harga ialah persaingan antara zon dan kami yakin penarikbalikan yang dibuat pada masa ini akan membantu meningkatkan persaingan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 02 2020
MASA memberitahu syarikat Malaysia mempunyai empat kapal kabel yang layak dan diperakui.
AWANI Ringkas: Lebih 34,000 nyawa rakyat Palestin terkorban
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
Remaja mati lemas ketika mandi bersama rakan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mati lemas ketika mandi-manda bersama rakannya di kawasan pam pasir Kampung Bagan, Pulai Chondong di sini semalam.
Menteri Luar Iran bincang penyelesaian krisis Gaza dengan Setiausaha Agung PBB
Dalam perbincangannya dengan pegawai PBB, menteri itu menegaskan pendirian Iran bahawa meningkatkan lagi konflik ini tidak memanfaatkan pihak terlibat.
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
Cakna kesihatan pelajar sebelum lakukan aktiviti luar kelas - Dzulkefly
Ibu bapa dan guru perlu cakna tentang kesihatan anak-anak dan pelajar sebelum mereka menjalankan aktiviti luar bilik darjah termasuk acara larian merentas desa ketika musim panas ini.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
Fokus Minggu Depan: Perang Iran-Israel: Perkembangan seterusnya?
Ikuti kupasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai perkembangan perang Israel-Iran yang ketika ini menggegarkan Asia Barat.
Data sekolah di Singapura diceroboh
Kementerian Pendidikan semalam mengesahkan berlaku pelanggaran data di salah satu vendornya mengakibatkan 'akses tidak dibenarkan' bagi nama dan alamat e-mel ibu bapa dan kakitangan lima sekolah rendah dan 122 sekolah menengah.
KPT bantu urus bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Zambry berkata pihaknya sedang mendapatkan maklum balas dan maklumat lengkap berhubung pelajar terlibat daripada Kementerian Luar (Wisma Putra).
Kerajaan tanggung RM2 bilion subsidi petrol sebulan, jika tangguh pelaksanaan subsidi bersasar
Kerajaan perlu mematuhi jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar tahun ini.
Program Repatriasi Migran: Lebih RM9 juta kompaun dikutip setakat ini
Program berkenaan dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Disember depan.
Pemimpin masyarakat, agensi kerajaan perlu bantu usaha noktah kemiskinan tegar - Azman
Peranan pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan sangat penting untuk memantau serta memberikan laporan kepada pihak kerajaan.
Kerajaan capai sasaran defisit fiskal pada 2023 - Kementerian Kewangan
Paras defisit fiskal diunjur terus berkurang kepada 4.3 peratus pada 2024 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 melibatkan pinjaman baharu berjumlah RM85.4 bilion.
Kerajaan komited perluas ekonomi digital, penuhi keperluan pelabur
Langkah itu juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara.
Kerajaan sentiasa beri peluang kepada golongan berpendapatan rendah miliki rumah
Peluang buat golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri dibuka antaranya melalui program Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Setiausaha Akhbar, UKK perlu rangka naratif lawan fitnah, tipu daya - PM
Ia untuk menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat.
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Kerajaan, pesara hakim diberi tempoh sebulan selesai saman berhubung isu pencen
Mahkamah Tinggi memberi tempoh sebulan kepada kerajaan dan 35 individu untuk mencapai kata sepakat berhubung penyelesaian dalam kes saman membabitkan isu pencen.