KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan menasihat rakyat Malaysia agar membeli tiket mereka awal bagi mengelakkan kenaikan harga semasa perayaan Aidilfitri yang disebabkan oleh strategi penetapan harga dinamik.
Malaysia Airlines Berhad dalam kenyataan memaklumkan Bernama bahawa syarikat penerbangan menetapkan harga tiket secara dinamik yang tertakluk kepada permintaan dan penawaran selain tarikh, masa dan ketersediaan tempat duduk pada jangka masa tertentu.
"Kami sedang merekodkan muatan yang amat memberangsangkan terutama bagi tempoh puncak sempena Hari Raya, yang memperlihat peningkatan ketara pada tempahan penerbangan berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
"Kami menggalakkan orang ramai untuk merancang perjalanan masing-masing dan mengambil peluang ke atas pelbagai tawaran promosi dan diskaun yang disediakan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
Malaysia Airlines turut memberi jaminan bahawa ia akan terus memantau keadaan dan meningkatkan kapasiti tempat duduk penerbangan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Menerusi Pameran MATTA 2022, Malaysia Airlines menawarkan diskaun sehingga 45 peratus bagi harga tiket penerbangan semasa ke semua destinasi domestik dan antarabangsa terpilih.
"Malaysia Airlines juga telah melanjutkan tawaran ini secara dalam talian sehingga 17 April tahun ini bagi memudahkan pelanggan untuk terus merancang percutian dan membeli tiket dengan harga yang berpatutan," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Bernama melaporkan bahawa syarikat penerbangan tempatan yang menyediakan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Kuching telah menawarkan tiket serendah RM300 bagi penerbangan pergi balik semasa musim bukan perayaan.
Bagaimanapun, semakan ke atas laman sesawang mereka menunjukkan harga melonjak sehingga RM2,000 (bagi penerbangan pergi balik) iaitu peningkatan kira-kira 566 peratus bagi tempoh perayaan di antara 29 April hingga 8 Mei.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat dalam sidang akhbar di ibu pejabat syarikat itu bagi mengumumkan pengembalian enam laluan perkhidmatannya ke India pada Rabu berkata AirAsia masih dalam mod pemulihan dan oleh itu, berusaha meningkatkan kapasiti penerbangan berdasarkan apa yang boleh dilakukan ketika ini.
Beliau berkata bilangan pesawat AirAsia yang boleh beroperasi akan ditentukan oleh had semasa susulan mod pemulihan.
"Bagi meramalkan di mana ia (operasi penerbangan) berada juga adalah sesuatu yang agak mencabar, jadi had dari segi berapa banyak pesawat yang boleh kita terbangkan ketika ini (akan) turut ditentukan oleh perkara tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022
Orang ramai digalakkan merancang perjalanan masing-masing dan mengambil peluang ke atas pelbagai tawaran promosi dan diskaun yang disediakan dari semasa ke semasa. - Gambar fail/Bernama
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Kekacauan di Asia Barat perlukan pengendali lapangan terbang proaktif tangani perubahan penerbangan - Pakar
Penutupan ruang udara dilihat akan menjejaskan sebahagian trafik penumpang, terutamanya untuk destinasi yang terletak di Iran.
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan laluan Sabah, Sarawak, Labuan
Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
MAS ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran dan ketegangan di Asia Barat
Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
Malaysia Airlines jalin kerjasama dengan Man Utd sebagai rakan penerbangan komersial rasmi
MAS dalam usaha penting untuk meningkatkan jangkauan global, memeterai perkongsian strategik berbilang tahun dengan kelab bola sepak Manchester United (Man Utd).
Malaysia Airlines, Google bekerjasama pacu pelancongan
Malaysia Airlines dan Google bekerjasama untuk memacu peningkatan Malaysia sebagai destinasi pelancongan peringkat teratas.
Tourism Malaysia promosi produk 'niche' di OTM 2024
Tourism Malaysia mempromosikan beberapa produk khusus atau "niche" pada pameran pelancongan terbesar India, Outbound Travel Mart (OTM) 2024 yang berlangsung di Mumbai bermula 8 Feb hingga esok.
Malaysia Airlines perkenal MHrail, tawar peluang teroka Seoul, London
Ia turut mengumumkan pengembangan kerjasama dengan AccesRail, pembekal terkemuka dunia bagi rumusan antara kereta api udara.
Malaysia Airlines tambah penerbangan semasa Tahun Baharu Cina
Malaysia Airlines menambah jadual penerbangannya berikutan permintaan perjalanan yang meningkat semasa Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah akan datang bermula Februari hingga Mac 2024.
'Belajar di awan biru', Pusat Pendidikan Berterusan UM perkenal akses dalam kabin Malaysia Airlines
Hasil inisiatif Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, kini orang ramai boleh mengakses pembelajaran di mana sahaja termasuk di dalam pesawat.