Bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar mengesahkan telah menghantar borang keanggotaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas beliau keluar dari UMNO.
Syed Hamid yang dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu menghantar borang keanggotaannya kepada Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"Selepas menghantar borang keanggotaan tersebut, saya turut berjumpa dengan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.
"Saya kini sudah menjadi anggota Bersatu," katanya dalam sidang media selepas program bersama Jawatankuasa Khas Malaysia Mengenai Kemanusiaan di sini hari ini.
Pada 29 Jun lalu, Syed Hamid Albar keluar UMNO dan menyatakan bahawa alasannya meninggalkan UMNO adalah kerana parti berkenaan sudah lari daripada perjuangan asal dan hanya mengutamakan kelangsungan peribadi pemimpin berbanding mengambil berat hal rakyat.
BACA: Syed Hamid bukan lagi ahli UMNO
Mengenai tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon bagi Pilihanraya Kecil (PRK) di Port Dickson Syed Hamid berkata itu adalah keputusan yang wajar dilakukan.
Beliau turut bersetuju dengan kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah bahawa UMNO masih belum bersedia dan tidak bermotivasi untuk bertanding di PRK Port Dickson.
"Saya fikir eloklah dia (UMNO) tidak bertanding... saya rasa mereka bukan boikot, boikot ini seolah kita tidak puas hati. PRK kalau mereka parti bukan kerajaan dan belum bersedia untuk bertanding, buang duit sahaja..tidak berbaloi kalau tidak bermotivasi dan tidak ada hala tuju," kata Syed Hamid.
Semalam, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa BN akan memboikot PRK Port Dickson di mana mereka tidak akan meletakkan calon mewakili parti komponen tersebut.
Mengenai pencalonan Anwar di Port Dickson sebagai usaha menjadi Perdana Menteri kelapan, Syed Hamid berkata ia adalah hak Anwar untuk bertanding dan telah mendapat persetujuan parti komponen Pakatan Harapan.
Sementara itu, Syed Hamid yang juga Penasihat Eksekutif ASEAN Rohingnya Centre berkata pihaknya mencadangkan kerajaan agar melaksanakan satu dasar yang khusus terhadap pelarian Rohingya di Malaysia.
Pihaknya turut menubuhkan sebuah badan Jawatankuasa Khas Malaysia Mengenai Kemanusiaan untuk melihat permasalahan pelarian khususnya Rohingnya secara lebih mendalam tahun ini.
"Ia adalah sejajar dengan hasrat Pakatan Harapan untuk menyokong 'Meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951' bagi membantu pelarian Rohingya di Malaysia khususnya dalam aspek kesihatan, pendidikan dan latihan vokasional serta pekerjaan," katanya
Syed Hamid berkata jawatankuasa tersebut akan dianggotai oleh kalangan individu yang terlibat secara langsung dalam isu kemanusiaan khususnya krisis yang melanda kaum Rohingnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 26 2018
Syed Hamid yang juga Penasihat Eksekutif ASEAN Rohingnya Centre berkata pihaknya mencadangkan kerajaan agar melaksanakan satu dasar yang khusus terhadap pelarian Rohingya di Malaysia. - Gambar fail
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).