KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengarahkan beliau untuk 'clearkan' wang RM1 juta yang dikeluarkan daripada akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia kerana Ahli Parlimen Muar itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) parti itu Rafiq Hakim Razali, 32, berkata beliau menerima panggilan WhatsApp daripada Syed Saddiq sekitar Mac dan penghujung April yang mengatakan SPRM telah memeriksa dan menggeledah di kediaman ahli politik tersebut.
Saksi pendakwaan ke-13 itu berkata Syed Saddiq juga mengarahkan beliau mengagihkan RM650,000 kepada Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Wilayah Persekutuan Muhammad Daniel Kusari dan RM250,000 kepada Muhammad Naqib Ab Rahim, yang ketika itu merupakan ahli Bersatu.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan kes Syed Saddiq yang berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Ditanya mengapa Syed Saddiq menyuruh beliau 'clearkan' wang terbabit, Rafiq Hakim menjawab "Dia takut duit itu disita."
Saksi itu juga berkata wang RM1 juta itu disimpan di dalam rumahnya sebelum diagihkan kepada Muhammad Daniel dan Muhammad Naqib.
Wan Shaharuddin: Wang RM250,000 dan RM650,000 itu diserahkan di mana?
Rafiq Hakim: Di kawasan rumah saya.
Wan Shaharuddin: Wang RM250,000 dan RM650,000 itu berasal dari mana?
Rafiq Hakim: Wang itu berasal dari akaun Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia daripada pengeluaran RM1 juta.
Wan Shahruddin: Kalau ikutkan RM900,000 dan apa jadi pada RM100,000?
Rafiq Hakim: Seingat saya digunakan untuk program Armada dan ini semua arahan YB Syed Saddiq.
Kepada soalan Wan Shahruddin sama ada beliau akan mengeluarkan wang tersebut sekiranya tidak menerima arahan daripada Syed Saddiq, saksi itu menjawab "Tidak."
Sebelum mengeluarkan wang itu, Syed Saddiq ada bertanya baki di dalam akaun parti dan beliau memaklumkan ahli politik tersebut bahawa jumlahnya kira-kira RM1.8 juta.
Disoal Wan Shaharuddin sama ada beliau memahami apa yang dimaksudkan dengan siasatan SPRM, Rafiq Hakim menjawab "Pada waktu itu kes kehilangan RM250,000 dan SPRM datang rumah YB Syed Saddiq untuk membuat siasatan."
Rafiq Hakim berkata beliau hanya mengetahui kisah Syed Saddiq kehilangan RM250,000 dari peti besi rumahnya namun ahli politik itu tidak menyatakan bahawa wang itu milik ibu bapa atau untuk kegunaan ubah suai rumah sebaliknya hasil sumbangan politik.
Saksi itu juga berkata beliau masih berkawan dengan Syed Saddiq dan mereka pernah berjumpa pada Ramadan baru-baru ini serta berbincang mengenai projek baju Melayu di kediaman ahli politik tersebut.
Wan Shaharuddin: Ketika itu, ada tak dia beritahu tentang perintah larangan untuk bertemu saksi?
Rafiq Hakim: Tiada.
Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018.
Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram dengan memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 05 2022
Syed Saddiq berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dan pengubahan wang haram. - Gambar fail/ Bernama
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Pengampunan Najib: Syed Saddiq dakwa ramai pemimpin lepas tangan
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa bahawa kerajaan terlibat dalam proses pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh Lembaga Pengampunan.
Kerajaan digesa bawa usul pencen ahli politik di Parlimen, DUN - Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan membawa usul pemansuhan pencen ahli politik peringkat Persekutuan dan negeri di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.
Syed Saddiq bebas atau bersalah, diketahui Khamis ini
Nasib Syed Saddiq sama ada dilepaskan atau disabitkan atas empat pertuduhan akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, pada Khamis.
Syed Saddiq dakwa peruntukan ditarik balik selepas keluar Kerajaan Perpaduan
Menurutnya, beliau mendapat pengesahan itu daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) sendiri.
PN alu-alukan Syed Saddiq sertai parti - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, mereka terbuka untuk menerima mana-mana Ahli Parlimen terutamanya yang berprinsip.
"Hipokrit!" - kata Syed Saddiq kepada kerajaan
Tegasnya, sebelum ini dilaungkan mahu lawan rasuah, tidak akan gugurkan kes dan mahu penjarakan kleptokrat namun hari ini berbeza pula.
Hero rakyat Malaysia sekarang ialah YB Muar - Shahidan
PN meminta Peguam Negara untuk menjelaskan keputusana pembebasan tersebut kerana ramai yang sudah buka mulut, membincangkan kes tersebut.
Syed Saddiq ditempatkan di blok pembangkang - Johari
Ahli Parlimen Muar ,Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan ditempatkan di blok pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat mulai esok susulan keputusannya untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.
Syed Saddiq sah tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, secara rasmi menarik diri daripada menyokong Kerajaan Perpaduan berkuat kuasa serta-merta dan menjadi pembangkang kuasa ketiga.