Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz yang disifatkannya terlalu bersungguh-sungguh mahu bertemu dengannya di Kuala Kangsar pada petang Sabtu.
Mantan perdana menteri memberitahu dalam pertemuan singkat selama 30 minit itu, beliau tertanya-tanya mengapa Nazri langsung tidak berbual dengannya walaupun sebelum itu Ahli Parlimen Padang Rengas tersebut menunggu beliau berjam-jam lamanya.
“Hari ini dia (Nazri) bersungguh-sungguh nak jumpa dengan saya, saya pun tak tahu kenapa. Tapi bila jumpa dekat tempat jual cendol, dia tak kata apa pun.
BACA: 'Debat' Nazri dan Dr Mahathir di gerai cendol
“Nak jumpa tapi tidak cakap kenapa?” katanya ketika menyampaikan ceramah di Kota Lama Kiri, di sini, pada malam Sabtu.
Tambah Dr Mahathir, Nazri langsung tidak memandang wajahnya dalam pertemuan berkenaan walaupun sebelum itu telah menunggu ketibaan beliau bersama isteri di hadapan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah selama empat jam.
BACA: Debat: Nazri tunggu Tun M di MRSM Sultan Azlan Shah
"Entah kenapa dia diam seribu bahasa duduk tepi saya. Kalau dia bisik pun saya boleh dengar, tapi dia tak bisik, duduk tengok depan sahaja. Habis-habis sangat dia kata itu Sungai Perak... saya pun tahu itu Sungai Perak, tak perlu beritahu saya,” ujar beliau.
Beliau dalam pada itu turut meragui kebolehan Nazri memimpin negara kerana dakwanya Anggota Parlimen Padang Rengas itu tidak mampu menjaga serta membangunkan kawasannya sendiri.
“Saya datang ke Padang Rengas nak lihat kawasan menteri (tapi) tak nampak macam kawasan menteri, kawasan sendiri pun tak tahu jaga,” katanya lagi.
BACA: Nak tahu saya bisu atau tidak, tunggu 7 April nanti - Nazri Aziz
Pada petang Sabtu, Dr Mahathir dan Nazri telah meluangkan masa bersama hampir 30 minit di sebuah gerai cendol di Lembah Sungai Perak.
Kedua-dua ahli politik itu sebelum ini dijadualkan berdebat di MRSM Sultan Azlan Shah di sini pada Sabtu namun ditunda pada 7 April depan kerana gagal mendapatkan permit daripada pihak berkuasa.
Shafiq Noordin
Sat Mar 25 2017
Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir tindakan Datuk Seri Nazri Aziz yang disifatkannya terlalu bersungguh-sungguh mahu bertemu dengannya di Kuala Kangsar pada petang Sabtu. -Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tadi sungguh-sungguh nak jumpa, dah jumpa diam pula - Dr Mahathir
Beliau turut meragui kebolehan Nazri memimpin negara kerana dakwanya Anggota Parlimen Padang Rengas itu tidak mampu menjaga serta membangunkan kawasannya sendiri.