Polis berjaya memberkas semula tahanan yang meloloskan diri ketika dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Kuantan, Khamis lepas.

Tahanan tersebut ditangkap di sebuah rumah di kawasan perumahan di Balok kira-kira 20 kilometer dari kawasan penjara.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, penangkapan tersebut adalah dari maklumat unit risikan dan orang awam.

Tahanan bakal berdepan dengan tuduhan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana meloloskan diri.

Klik video untuk laporan lengkap Astro AWANI.