KUALA LUMPUR: Tiada istilah guna kabel, pilih kasih malah kononnya mengutamakan anak orang kenamaan (VIP) dalam mana-mana penajaan pinjaman pelajaran di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) seperti didakwa sesetengah pihak, kata Pengerusi MARA Datuk Azizah Mohd Dun.
Beliau berkata pemberian tajaan pelajaran berkenaan adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan selama ini, terutama dari aspek kecemerlangan dalam keputusan akademik.
"Anak VIP atau daripada keluarga T20 pun, kalau tidak layak dengan kriteria kita tetapkan tetap tidak akan dapat tajaan atau pinjaman," katanya kepada Bernama sebagai mengulas hantaran menerusi Twitter kononnya ada pelajar tajaan agensi itu yang didakwa tidak layak mendapat kemudahan tersebut kerana terdiri daripada golongan T20 dan menggunakan 'kabel'.
Azizah berkata tuduhan seperti yang dilemparkan menerusi media sosial itu adalah tidak patut memandangkan MARA sejak sekian lama telah banyak menyumbang kepada pembangunan Bumiputera dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan.
MARA menyediakan penajaan pelajaran berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar cemerlang berasaskan kelayakan akademik yang diberikan mengikut peringkat pengajian bermula dari program persediaan, ijazah sarjana pertama, pengajian sarjana hingga ke peringkat doktor falsafah (PhD).
Pinjaman boleh ubah bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian, tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.
Azizah berkata bagi tempoh Januari hingga 30 Sept lepas, daripada 50,555 pelajar tajaan MARA dalam dan luar negara, sebanyak 89 peratus atau 44,994 pelajar daripadanya merupakan golongan B40 manakala M40 pula 10 peratus atau 5,055 pelajar dan hanya satu peratus atau 506 pelajar daripada kategori T20.
Ahli Parlimen Beaufort itu berkata MARA melalui Bahagian Penganjuran Pelajaran (BPP) menerima RM2 bilion peruntukan belanja pembangunan daripada kerajaan tahun ini khusus untuk program pinjaman pelajarannya.
Beliau berkata jumlah tersebut adalah untuk membiayai pinjaman pelajaran bagi anggaran 60,000 pelajar, iaitu 35,000 pelajar sedia ada dan 25,000 pelajar baru di dalam dan luar negara.
"Memang banyak kita belanja untuk pendidikan sebab melalui pendidikan kita dapat membina insan berjaya, cemerlang dan dapat pulangkan semula untuk menyumbang kepada negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021
Azizah berkata tuduhan seperti yang dilemparkan menerusi media sosial itu adalah tidak patut. - Foto fail/BERNAMA
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
MARA siasat guru didakwa pedofil
MARA akan membuat siasatan menyeluruh terhadap seorang guru yang didakwa terlibat kes pedofilia ke atas murid di sebuah sekolah berasrama penuh.
MARA rancang perluas TVET Tahfiz dengan perbanyakkan kursus jangka pendek
GiatMara dalam hala tuju sehingga 2030 akan memperbanyakkan program TVET Tahfiz yang dijalankan bawah konsep GVTH.
Konsep payung perlu dikembalikan - Asyraf Wajdi
Ia bagi membantu usahawan kecil untuk mempunyai kemahiran dalam menguruskan aliran wang tunai dalam perniagaan masing-masing.
Pentakrifan kategori pendapatan B40, M40, T20 bukan gambaran realiti - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata isu ini sering dibangkitkan dalam sesi libat urus dan wajar diambil kira sama ada pentakrifan kategori ini masih lagi relevan ataupun tidak.
'Kongres Ekonomi Bumiputera tidak harus dipolemik' - Asyraf Wajdi
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) tidak harus dilihat sebagai salah satu langkah untuk menafikan hak bukan bumiputera.
Mara sedia pembiayaan untuk hantar anak, cucu peneroka Felda belajar di luar negara - Zahid
Mara akan menyediakan pembiayaan pendidikan kepada anak dan cucu peneroka Felda bagi tujuan melanjutkan pengajian ke luar negara.
MCMC bantu naik taraf jaringan internet di 342 institusi pendidikan MARA
MCMC bersetuju membantu menaik taraf jaringan rangkaian internet di 342 IPMa bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran secara digital dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar di institusi itu.
'Anak VIP atau VVVIP sekalipun, you touch you go' - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata pihaknya tidak akan menutup sebarang perilaku yang dilakukan pelajar termasuk anak-anak kenamaan.
Hala tuju TVET MARA perkukuh ekosistem TVET lebih mampan - Rubiah
UniKL terus mengekalkan kadar kebolehpasaran graduannya yang tinggi sebanyak 97.1 peratus berdasarkan laporan kajian pengesanan graduan dijalankan KPT.
MARA Johor peruntuk RM30 juta untuk usahawan IKS Johor
MARA Johor memperuntukkan sebanyak RM30 juta kepada usahawan dalam kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri tersebut bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.