Menteri Besar Perlis Datuk Azlan Man berkata beliau tidak menerima apa-apa surat pemecatan daripada UMNO mahupun Barisan Nasional walaupun Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan perkara itu semalam.
Beliau berkata, soal pemecatan sepatutnya tidak timbul memandangkan perkara itu tidak boleh diputuskan oleh seorang individu sahaja.
"Tak ada surat...siapa yang pecat? Tak ada pemecatan..bukan (pemecatan) boleh dilakukan oleh individu," katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini selepas menghantar Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berlepas ke ibu negara.
Semalam, Azlan, 60, yang merupakan ADUN Bintong, dilantik sebagai Menteri Besar Perlis bagi penggal kedua selepas BN menang pada Pilihanraya Raya Umum ke-14 di negeri itu, 9 Mei lepas dengan menguasai 10 daripada 15 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan tiga kerusi dan PAS dua kerusi.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mengumumkan cadangan memecat Azlan kerana didakwa tidak mendapat sokongan majoriti setelah sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Perlis menolak pelantikan itu.
Ditanya mengenai bagaimana pentadbiran kerajaan negeri berjalan sekiranya ADUN yang sepatutnya dilantik sebagai exco tidak menyokong beliau, Azlan berkata perkara itu tidak dapat diputuskan buat masa ini.
"Itu kita perlukan masa, tapi saya tak nak komen lebih-lebih buat masa ini, cuma saya akan teruskan kerja saya sebagai menteri besar," katanya.
Beliau kemudiannya memanggil sekumpulan penyokong dan rakyat Perlis yang berada di kompleks itu untuk menyampaikan amanat Raja Perlis.
"Tuanku amat berbesar hati menghargai dan mengucapkan terima kasih pada semua yang datang untuk menghantar baginda berangkat ke Kuala Lumpur," katanya.
Terdahulu kira-kira 20 daripada mereka membawa sepanduk yang tertulis 'Daulat Tuanku, Rakyat Perlis Teguh Bersama Raja Perlis' serta ucapan tahniah kepada Azlan atas pelantikan sebagai menteri besar buat penggal kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 25 2018
AZLAN: Tak ada surat...siapa yang pecat? Tak ada pemecatan..bukan (pemecatan) boleh dilakukan oleh individu. -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Tak ada surat, siapa yang pecat? Tak ada pemecatan' - Azlan Man
Azlan berkata soal pemecatan sepatutnya tidak timbul memandangkan perkara itu tidak boleh diputuskan oleh seorang individu sahaja.
Azlan angkat sumpah MB Perlis tanpa kehadiran sembilan ADUN BN
ADUN Bintong Datuk Seri Azlan Man hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail tanpa kehadiran sembilan ADUN BN.