Terma paling tepat untuk seorang manusia dengan ketakutan melampau pada labah-labah adalah arachnophobia. Tetapi jika anda sanggup menggunakan pemetik api untuk membunuh serangga araknid tersebut walaupun anda sendiri sedang mengepam petrol kereta, mungkin arachnophobia bukanlah masalah anda.

Situasi itu telah berlaku kepada sebuah lelaki dah besar panjang di Detroit, Amerika Syarikat. Sedang beliau mengisi tangki minyak, dia terlihat seekor labah-labah dan sebagai usaha untuk membunuhnya, telah menggunakan pemetik api.

Lantas api pun bermula dan agak bernasib baik ia tidak terlalu marak. Lebih-lebih lagi kerana kerani stesen yang berada di dalam kedai dengan pantas mematikan pam petrol tersebut. Lelaki yang tiba-tiba tenang itupun mengambil pemadam api yang tersedia dan memadam kebakaran yang sudah terkawal.

Nasib lelaki itu memang sangat baik kerana insiden ini dengan mudah boleh bertukar menjadi parah!