KUALA LUMPUR: Operator perkhidmatan rel dan bas utama negara, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) menawarkan tambang percuma bagi perkhidmatan rel dan bas selama sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) mulai hari ini sehingga 30 Sept ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, ketika mengumumkan perkara itu, berkata tambang percuma itu khusus kepada pemegang kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pemegang kad konsesi OKU MyRapid.
"Perkhidmatan Prasarana meliputi semua perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan yang merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Monorel, Bas Rapid Transit (BRT) atau bas henti-henti dan juga Rapid Mobiliti.
"Pengguna OKU hanya perlu menunjukkan kad perakuan OKU yang dikeluarkan oleh JKM atau Kad Konsesi OKU MyRapid kepada pegawai stesen rel yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan Rapid KL yang memberi 'token' khas untuk menikmati tambang percuma," katanya pada sidang media di Stesen MRT Pasar Seni, di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden Persatuan OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd., Mohd Azharuddin Mat Sah dan Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Mohd Zarif Hashim.
Wee berkata pemberian tambang percuma ini adalah tanda terima kasih kumpulan Prasarana kepada pengguna OKU yang menggunakan pengangkutan awam sempena sambutan ulang tahun hari kebangsaan, selain bukti keprihatinan Keluarga Malaysia yang serius menjaga kebajikan serta keselesaan golongan OKU.
Terdahulu,beliau menaiki tren bersama sekumpulan OKU berkerusi roda serta cacat penglihatan dari Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) ke Stesen MRT Pasar Seni.
Wee berkata berdasarkan statistik Prasarana,jumlah purata penggunaan bulanan dalam kalangan OKU bagi perkhidmatan bas dan rel adalah masing-masing seramai 23,527 dan 26,762 orang.
"Prasarana berharap dengan tambang percuma ini ia dapat memberi manfaat kepada lebih 10,000 golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan awam setiap hari," katanya.
Sementara itu, Ras Adiba, berkata pemberian tambang percuma itu adalah sesuatu yang dinanti-nantikan dan menyifatkan perkhidmatan mobiliti sangat diperlukan disebabkan kekangan OKU untuk sampai ke stesen pengangkutan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 31 2022
Pengguna OKU hanya perlu menunjukkan kad perakuan OKU yang dikeluarkan oleh JKM atau Kad Konsesi OKU MyRapid kepada pegawai stesen rel yang bertugas.- Gambar fail
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Tambang feri Pulau Pinang percuma bagi OKU mulai 8 April
Inisiatif oleh SPPP dengan kerjasama Penang Port itu sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan tersebut yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan berkenaan.
Perjalanan percuma untuk pemegang pas OKU Smile bermula Februari
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memperkenalkan pas langganan OKU Smile khusus untuk komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) menikmati tambang percuma bermula Februari ini.
Tambang percuma sehala KTM Komuter Utara dari tiga stesen selama dua hari bermula Sabtu
Saarani berkata, inisiatif itu turut membantu memudahkan urusan harian penduduk di Perak ke tempat kerja, membeli-belah, bercuti dan sebagainya.
MRT Laluan Putrajaya dijangka manfaatkan 100,000 penumpang sehari
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan pada Khamis berkata, perkhidmatan bas perantara akan dilancarkan bagi menyokong operasi tersebut.
OKU, murid sekolah rendah nikmati tambang percuma KTMB mulai 15 Feb
Bermula 15 Feb ini, murid berpakaian seragam sekolah berusia hingga 12 tahun dan Orang Kurang Upaya (OKU) akan menikmati perkhidmatan percuma tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Pengangkutan awam percuma bagi OKU, pelajar: MOT bincang dengan KTMB
Kementerian Pengangkutan akan berbincang dengan pengurusan KTMB mengenai pelaksanaan perkhidmatan pengangkutan terutama tren secara percuma kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dan pelajar.
Pengangkutan awam percuma untuk OKU - Nancy
Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju untuk memberi tambang percuma pengangkutan awam kepada orang kurang upaya (OKU).
PRU15: Tambang percuma pada hari mengundi esok - Prasarana
Tambang percuma itu meliputi perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan merangkumi LRT, MRT, Monorel, Transit Aliran Bas atau bas henti-henti.
Tambang percuma kepada OKU selama sebulan sehingga 30 Sept - Wee
Prasarana menawarkan tambang percuma bagi perkhidmatan rel dan bas selama sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) mulai hari ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022.
Naik feri Pulau Pinang percuma selama dua minggu mulai 1 Januari
Tawaran tambang percuma itu bakal dinikmati oleh pengguna bermula 1 hingga 14 Januari tahun hadapan.