HULU SELANGOR: Jumlah keanggotaan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan runtuhan di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali di sini, dikurangkan pada Isnin malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah, ia bagi mengurangkan risiko terhadap pasukan penyelamat di lokasi kejadian terutama dalam keadaan gelap.

"Saya sudah maklumkan kepada pihak bomba supaya menjaga keselamatan, kita pastikan melaksanakan tugas SAR itu dalam keadaan berhati-hati, sebab banyak halangan berlaku.

"Saya difahamkan pihak bomba telah meminimumkan pergerakan ketika operasi SAR supaya ancaman itu dapat dikurangkan kepada anggota penyelamat," jelasnya pada sidang media pada Isnin malam.

LAPORAN KOMPREHENSIF TANAH RUNTUH BATANG KALI DI SINI

Tambah Suffian sehingga Isnin malam, tiada penemuan baharu oleh pasukan penyelamat di kawasan runtuhan.

Sehingga kini, sembilan mangsa masih lagi hilang dan operasi SAR diteruskan.