BATANG KALI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali - Gohtong Jaya, di sini, dihentikan ekoran hujan lebat.

Media difahamkan, operasi itu dihentikan seketika bagi mengelakkan risiko kepada anggota-anggota keselamatan yang bertugas.

Sehingga pukul 5 petang ini, operasi SAR masih belum menemui baki mangsa yang hilang.

Hari ketiga pencarian tertumpu di tiga sektor iaitu sektor A (Kem Hill View), B (Kem Farm View) dan C (Kem Riverside).