HULU SELANGOR: Mayat mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali, di sini, ditemukan sebentar tadi.

Mayat ke-31 itu yang dipercayai kanak-kanak lelaki dibawa keluar sekitar pukul 5 petang dari kawasan kejadian.

Ia sekali gus menjadikan jumlah mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan adalah seramai 31 orang.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kesembilan bersambung sekitar pukul 8 pagi.

Operasi SAR hari ini difokuskan di sektor A (Hillview), dengan keanggotaan 80 di zon merah.

Dalam tragedi pada awal pagi Jumaat lalu, seramai 92 individu terlibat dengan 31 mangsa terkorban.

Sementara itu, 61 lagi dilaporkan terselamat.