HULU SELANGOR: Satu lagi mayat kanak-kanak perempuan ditemukan di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di sini pada jam 4.05 petang, Sabtu.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, mangsa ke-24 itu ditemukan di bahagian sektor pencarian A iaitu Hillview.
Ia merupakan mayat ketiga yang ditemukan hari ini selepas dua mayat yang dijumpai sekitar 1.05 tengah hari tadi.
“Setakat ini kita telah menjumpai 24 mangsa, terkini kita jumpa satu lagi mangsa kanak-kanak menjadikan angka korban setakat ini 24 orang.
“Kita hantar mereka ke Hospital Sungai Buloh untuk urusan selanjutnya. Yang lain itu, kita berdoa dan berharap operasi mencari dapat kita diselesaikan secepat mungkin,” katanya dalam sidang media selepas meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sini pada Sabtu.
Jelas Acryl Sani setakat ini sembilan lagi mangsa dikhuatiri hilang.
BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG TANAH RUNTUH BATANG KALI DI SINI
Dalam pada itu, beliau berkata polis telah mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib untuk mengetuai siasatan kes tanah runtuh.
Beliau menambah, setakat ini pengurus tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm dijadual memberi keterangan pada petang ini.
“Kami sedang menunggu (pengurus) sepatutnya petang ini dan dikatakan masih dalam perjalanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), kita tunggu dulu.
“Kita setuju sehingga semua mangsa temukan dan kita akan tumpu kepada usaha berkenaan.
“Tetapi ini tidak bermakna siasatan tidak berjalan kerana saya telah mengarahkan Ketua JSJ Selangor untuk mengetahui apa juga siasatan berkait dengan insiden ini,” ujarnya lagi.
Acryl Sani begitu pun menegaskan fokus ketika ini adalah untuk mengenal pasti identiti mangsa-mangsa yang masih belum disahkan.
Hasimi Muhamad
Sat Dec 17 2022
Keadaan tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali pada awal Jumaat. - fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tanah Runtuh Batang Kali: Operasi SAR diteruskan untuk pembersihan, siasatan
Komander operasi rakam penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses mencari dan menyelamatkan mangsa.
Tanah Runtuh Batang Kali: Mayat ke-26 lelaki dewasa ditemui - Bomba
Mayat mangsa ditemui sekitar pukul 11.16 pagi di sektor B.
Tanah Runtuh Batang Kali: Tiga anggota SAR alami masalah kesihatan
Turut mengalami masalah kesihatan ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Datuk Norazam Khamis.
Tanah Runtuh Batang Kali: Tiada petunjuk positif kesan sembilan mangsa hilang
Operasi SAR kini tertumpu kepada timbunan tanah dan kenyataan daripada saksi.
Tanah Runtuh Batang Kali: Jabatan Forensik HSB lengang sejak pagi tadi
Hanya pengamal media yang berada di pekarangan jabatan berkenaan sejak awal pagi ini.
Tanah Runtuh Batang Kali: "Semua petugas cekal, sudah terlatih meskipun berdepan cabaran" - KPN
Ketua Polis Negara hargai komitmen pasukan petugas operasi SAR.
Tanah runtuh Batang Kali: 6 daripada 21 mangsa meninggal dunia dikenal pasti - NADMA
Enam daripada 23 manga yang meninggal dunia telah dikenal pasti melalui proses pengecaman oleh waris atau melalui ujian cap jari.
Tanah runtuh Batang Kali: Tanih tepu dipercayai punca utama tanah runtuh - Pakar
Tanih yang tertepu dengan kelembapan akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lepas dipercayai antara punca berlakunya insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father's Organic Farm.
Tanah runtuh Batang Kali: Syarikat kendali tapak perkhemahan tiada lesen
Syarikat tersebut hanya diberikan lesen pembangunan kebun organik dan bukan lesen untuk melakukan aktiviti perkhemahan.