ALOR SETAR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersedia menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor, sekiranya diperlukan.
Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata walaupun operasi SAR dikendalikan pelbagai jabatan yang berkaitan, anggota TUDM sentiasa bersiap sedia membantu dan menyokong keperluan operasi itu.
"Pihak TUDM sentiasa bersedia sekiranya diperlukan, misalnya bantuan dari segi aset jika ada keperluan untuk mengeluarkan mangsa yang menghadapi kesukaran, kita sudah bersedia.
"Kami ada aset atau peralatan yang boleh digunakan untuk membantu, begitu juga dari segi anggota," katanya ketika mengulas kesediaan TUDM membantu operasi SAR tragedi tanah runtuh itu yang kini dilaporkan telah meragut 21 nyawa, manakala 12 mangsa lagi dikhuatiri masih hilang.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan Siri 83/21 dan Kursus Penerbangan Helikopter 63/21 di Kolej Tentera Udara di sini hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: 2 lagi mayat ditemukan, angka korban meningkat kepada 23
Pada majlis itu seramai 30 pelatih menerima sayap penerbangan masing-masing termasuk lima daripada mereka dianugerahkan sebagai Pelatih Terbaik bagi Piala Panglima Tentera Udara.
Mengulas mengenai kesiapsiagaan TUDM menghadapi bencana banjir, Mohd Asghar Khan berkata aset pasukan keselamatan itu telah diletakkan di lokasi tertentu dan bersedia untuk digerakkan sekiranya diperlukan.
"Secara keseluruhan untuk operasi banjir ini kita namakan Operasi Murni, yang diterajui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TUDM akan memberi bantuan atau sokongan berdasarkan keperluan.
"Jadi di setiap kawasan di bawah Briged Tentera Darat ini kita sudah ada komander yang ditugaskan bersama agensi bencana negeri. Apabila berlaku apa-apa malapetaka kita akan beri bantuan kerana kita sudah bersedia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 17 2022
Panglima Tentera Udara, Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan (kanan) ketika penyampaian sayap penerbangan kepada Lt Mubin Mustaza Iskandar (kiri) pada majlis hari ini. - Foto BERNAMA
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.
MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid
Pastikan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, yang mengorbankan dua beradik, petang semalam, tidak berulang.
Lagi tanah runtuh hempap rumah penduduk di Ajil
Insiden menimpa rumahnya berlaku dalam tempoh sama dengan tragedi tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik maut di Kampung Bukit Apit.
Tanah runtuh: 14 penduduk Kampung Laloh diarah pindah segera
Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kawasan tersebut sudah tidak selamat untuk diduduki.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.