IPOH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tanah runtuh di Seksyen 27, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditamatkan pada petang Jumaat.
Operasi ditamatkan selepas pasukan SAR mendapati tiada lagi mangsa yang terbabit dalam kejadian itu.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6 petang.
“Kerja-kerja SAR menggunakan jentera berat seperti jengkaut dan kepakaran khas seperti pasukan STORM, SMART dan Unit Anjing Pengesan (K9) telah dijalankan bagi memastikan tiada lagi mangsa yang tertinggal di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, khidmat Unit K9 digunakan dalam operasi SAR di kawasan runtuhan bagi mengesahkan tiada lagi mangsa atau kenderaan lain yang terperangkap.
Pada Khamis, JBPM menerima panggilan pada jam 1.44 petang mengenai kejadian tanah runtuh itu yang meragut dua nyawa.
Mangsa ialah pemandu lori sayur, Muhammad Hafiz Hamdi, 31 dan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36.
Kedua-dua kenderaan yang terlibat di dalam kejadian itu juga telah dikeluarkan dari lokasi, hari ini.
Operasi SAR melibatkan 143 anggota dari pelbagai agensi dan syarikat konsesi.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Dec 03 2021
Khidmat Unit K9 digunakan dalam operasi SAR di kawasan runtuhan bagi mengesahkan tiada lagi mangsa atau kenderaan lain yang terperangkap. - Gambar/ Astro AWANI
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Tanah runtuh Simpang Pulai: SAR diteruskan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan runtuhan tanah di Seksyen 27, Simpang Pulai - Cameron Highlands diteruskan dengan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9).
Tanah runtuh Simpang Pulai: Mayat pemandu lori ditemui, korban lebih daripada seorang
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata mayat pemandu lori, Muhammad Hafiz Hamdi, 31 ditemui jam 8 malam tadi.