KUALA LUMPUR: Platform media sosial memainkan peranan penting ketika negara berhadapan dengan bencana banjir baru-baru ini apabila tweet (ciapan) berkaitan bencana banjir di Malaysia mencecah hampir lima juta secara global pada 18 hingga 21 Dis.
Twitter Asia Tenggara dalam kenyataannya hari ini berkata lima tanda pagar paling popular yang digunakan untuk meminta bantuan, mendapatkan maklumat sahih dan mengikuti perkembangan semasa ketika bencana banjir baru-baru ini ialah #DaruratBanjir, #banjir darurat, #banjir, #rakyatjagarakyat dan #kitajagakita.
"Tanda pagar seperti #banjirdarurat telah memberi inspirasi, menyemaikan perpaduan dan mendorong rakyat Malaysia untuk memberi sokongan dan menghimpunkan bantuan yang diperlukan oleh mangsa banjir.
"Tanda pagar #DaruratBanjir telah menyumbang dalam usaha sama rakyat Malaysia menangani krisis nasional tidak kira bangsa dan agama," katanya.
Menurut Twitter Asia Tenggara perkara itu memudahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Mereka (pengguna Twitter) yang mempunyai jumlah pengikut yang banyak memainkan peranan penting dengan menggesa rakyat Malaysia untuk mengarahkan bantuan dengan apa sahaja sumber demi membantu komuniti yang terjejas, katanya.
Tambahnya ketika hujan lebat di beberapa negeri dan daerah di Malaysia orang ramai beralih ke Twitter untuk mendapatkan maklumat terkini tentang kawasan yang terjejas demi menyelamatkan mangsa-mangsa yang masih belum menerima bantuan.
Menurut Twitter Asia Tenggara ramai rakyat Malaysia menggunakan Twitter untuk berkongsi butiran mangsa yang masih terperangkap dan haiwan-haiwan yang terdampar dengan harapan suara mereka akan didengari oleh pasukan penyelamat.
Hasil pelbagai perkongsian mengenai bencana banjir di Twitter rakyat Malaysia bersatu dan bangkit menghulurkan bantuan dari segi kewangan, sumbangan makanan, aktiviti sukarelawan dan tempat perlindungan haiwan, katanya.
Selain itu ada rakyat Malaysia yang berbesar hati menawarkan bot dan kenderaan mereka digunakan demi misi menyelamatkan mangsa banjir, tambah kenyataan itu.
Dalam kenyataan itu Twitter Asia Tenggara turut berkongsi empat langkah untuk mendapatkan maklumat sahih pada waktu darurat dan bencana alam.
Menurutnya bagi mendapatkan maklumat yang betul dan tepat, pengguna Twitter perlu mengikuti akaun Twitter yang sahih dan organisasi media untuk mendapatkan maklumat terkini.
"Gunakan tanda pagar berkaitan isu yang berlaku demi memastikan Tweet anda dapat disampaikan ke khalayak ramai. Pastikan maklumat yang disebarkan adalah tepat dan betul apabila anda tweet semula dan atau quote tweet," katanya.
Tambahnya gunakan Twitter Lite untuk mengelakkan masalah sambungan data terutamanya di kawasan yang terjejas dan ikuti agensi dan/atau organisasi yang terlibat dengan krisis tersebut untuk terus mendapatkan perkembangan yang sahih.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 23 2021
Menurut Twitter Asia Tenggara, tanda pagar #DaruratBanjir telah menyumbang dalam usaha sama rakyat Malaysia menangani krisis nasional tidak kira bangsa dan agama. - Foto AP
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Tanda pagar #DaruratBanjir satukan rakyat Malaysia hadapi bencana - Twitter Asia Tenggara
Menurut Twitter Asia Tenggara, tanda pagar #DaruratBanjir telah menyumbang dalam usaha sama rakyat Malaysia menangani krisis nasional tidak kira bangsa dan agama.
Ibarat sebuah keluarga, rakyat Malaysia berganding bahu hadapi musibah
Keprihatinan rakyat Malaysia dan kuasa media sosial membantu capaian bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas.
Rakyat Malaysia tawar bantuan kepada mangsa banjir di media sosial
Media sosial sejak semalam dipenuhi dengan pelbagai hantaran mangsa yang inginkan bantuan serta rakyat Malaysia yang cuba menghulurkan pertolongan.