Tangan kanak-kanak tersepit di mesin pemerah santan

Astro Awani
Disember 20, 2016 06:52 MYT
Mangsa bergelut menahan kesakitan hampir sejam.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun tersepit tangan kiri di sebuah mesin pemerah santan di Pasar Bukit Rokan Utara, Gemas, pagi tadi.
Mangsa bergelut menahan kesakitan hampir sejam.
Menurut Ketua Balai Bomba Gemas, Syed Ammar Syed Abas, pasukannya mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa daripada mesin pemerah santan itu dengan menggunakan alat pemotong khas.
Tangan kanak-kanak tersebut tidak putus namun mengalami kecederaan serius.
#pemerah santan #tangan tersepit