KUALA LUMPUR: Mengecualikan Myanmar daripada menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 minggu depan - untuk memberi ruang kepada negara itu menguruskan isu dalaman - disambut baik banyak pihak. Namun, ia tidak membantu menyelesaikan isu Rohingya.
Myanmar dikecualikan berikutan kurangnya kemajuan dalam Konsensus Lima Perkara yang disepakati ASEAN April lepas untuk membantu menyelesaikan isu yang dihadapi negara itu, selepas kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi digulingkan tentera.
Bahkan sebelum rampasan kuasa, Rohingya di Myanmar, yang dinafikan hak kewarganegaraan mereka, telah dianiaya - dengan ribuan komuniti terpaksa menjadi pelarian di beberapa negara ASEAN.
Walaupun Konsensus Lima Perkara tidak secara khusus menyentuh mengenai Rohingya, para pemerhati menyatakan blok serantau itu, perlu bekerja lebih keras berhubung perkara ini untuk membantu komuniti paling teraniaya di dunia itu.
Presiden Pertubuhan Rohingya Burma United Kingdom yang berpangkalan di London, Tun Khin, berkata langkah ASEAN mengenai junta Myanmar sememangnya satu berita yang amat baik.
"Ini adalah perkara yang boleh dilakukan. ASEAN tidak boleh mengundang tentera atau pihak dari kementerian yang dikuasai tentera menghadiri mana-mana mesyuarat ASEAN. Tiada seorang pun di Myanmar berpendapat Konsensus Lima Perkara akan membawa hasil positif dan enam bulan kemudian, ia ternyata benar.
"Langkah ASEAN itu belum pernah berlaku sebelum ini dan mengejutkan junta, tetapi ASEAN pasti boleh dan mampu pergi lebih jauh," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Menteri luar negara ASEAN di mesyuarat tergempar Jumaat lalu (15 Okt) sepakat mengecualikan Myanmar daripada menghadiri sidang kemuncak itu dan hanya mengundang wakil bukan politik.
Mesyuarat itu juga menolak permintaan kerajaan bayangan Myanmar, Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG), untuk menyertai sidang kemuncak berkenaan.
Junta Myanmar "amat kecewa" dengan keputusan mengecualikan pemimpinnya Jeneral Min Aung Hlaing, lapor media berita antarabangsa.
Khin, yang dilahirkan dan dibesarkan di wilayah Rohingya (Arakan), berkata ASEAN sekurang-kurangnya perlu mengiktiraf NUG untuk membantu Rohingya, terutama mengenai hak kerakyatan.
Memandangkan isu kerakyatan menjadi asas kepada Rohingya untuk kembali ke Myanmar, masyarakat antarabangsa, termasuk ASEAN, harus memberikan lebih perhatian mengenai perkara ini.
"Pertama, masyarakat antarabangsa perlu sedaya yang mungkin membantu menjatuhkan tentera, dan kemudian mereka harus memberi bantuan dan sokongan kepada kerajaan awam untuk menggantikan tentera dengan syarat Rohingya diberikan hak dan kerakyatan.
"NUG telah melaksanakan komitmen positif untuk menyokong hak Rohingya tetapi kita harus memastikan komitmen ini dihormati," tambah Khin, yang pernah menerima penghargaan daripada Refugees International, Washington D.C., pada April 2015 untuk kerja-kerjanya dalam isu Rohingya.
NUG adalah kerajaan bayangan yang dibentuk pada April lepas oleh wakil dari Liga Demokrasi Kebangsaan yang diketuai Aung San Suu Kyi dan beberapa anggota yang lain. Sebahagian besar aktiviti NUG dijalankan secara dalam talian.
Sejak kerajaan yang dipilih pimpinan Aung San Suu Kyi digulingkan junta Myanmar pimpinan Jeneral Min Aung Hlaing pada 1 Feb, rusuhan telah tercetus menyaksikan hampir 1,000 orang awam terbunuh akibat kekerasan pasukan keselamatan.
ASEAN juga telah melantik Menteri Luar II Brunei Erywan Mohd Yusof sebagai duta khas ke Myanmar seperti disepakati dalam Konsensus Lima Perkara, tetapi beliau tidak dapat memainkan peranannya kerana keengganan junta untuk bekerjasama.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 23 2021
ASEAN sekurang-kurangnya perlu mengiktiraf NUG untuk membantu Rohingya, terutama mengenai hak kerakyatan. - Foto fail
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Anwar tarik pelabur Australia, ASEAN, kongsi persekitaran kondusif Malaysia
Anwar menegaskan kepentingan kestabilan politik, kejelasan dasar serta tadbir urus baik dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi pelaburan serta pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Nilai ringgit menyusut bukan isu kepada pelabur - PM Anwar
Malah jelasnya, mereka memandang kepada isu-isu berkaitan asas ekonomi lain seperti inflasi, pasaran saham dan pengangguran.
ASEAN-Australia: Malaysia terus gesa gencatan senjata berkekalan di Gaza
Anwar pada masa sama terus menggesa gencatan senjata segera dan berkekalan.
Nasib Australia terletak pada Asia Tenggara - PM Anthony Albanese
Australia komited untuk bekerjasama dengan pemimpin ASEAN, kerana nasib negara mereka terletak pada Asia Tenggara.
Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia: Malaysia gariskan lima bidang tumpuan untuk diperkukuhkan
Bagi memperkukuhkan hubungan akrab ASEAN-Australia, Malaysia menggariskan lima bidang tumpuan untuk diperluaskan.
ASEAN-Australia: Malaysia suarakan usaha tingkatkan hubungan akrab
Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2024 bermula hari ini, menghimpunkan pemimpin Asia Tenggara (SEA) dan Australia, pemimpin perniagaan dan komuniti, golongan pakar dan ahli akademik.
Syarikat-syarikat Australia mohon keizinan pelaburan RM24.5 bilion - PM
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hasrat berkenaan telah dinyatakan kepadanya dalam pertemuan beliau dengan syarikat terbabit pada Selasa.
PM Singapura pertahan konsert Taylor Swift, anggap perjanjian 'sangat berjaya'
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, perjanjian itu ternyata berjaya, dan membawa manfaat ekonomi kepada negaranya,dan menarik kedatangan pelancong dari seluruh rantau Asean.
Kerajaan kukuh antara faktor utama pelabur minat datang ke Malaysia - PM Anwar
Pengukuhan kerajaan terbukti melalui komitmen terhadap pembaharuan institusi serta pengenalan pelbagai dasar baharu.