KUANTAN: Pewaris pahlawan Mat Kilau, memuji penerbit dan pengarahan filem Mat Kilau kerana kesannya yang dilihat mampu membangkitkan semula semangat Melayu-Islam beraja sekali gus menimbulkan rasa sayang kepada tanah air.
Salah seorang cucu Mat Kilau, Mohd Alhamadi Abu Bakar, 56, berkata, filem-filem kepahlawanan Melayu, andai dibuat kajian secara lebih teliti sewaktu pembikinannya, juga boleh dijadikan rujukan generasi akan datang kerana unsur sejarahnya.
Malah Mohd Alhamadi menyifatkan filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof itu merupakan satu perkembangan baik dalam industri filem negara.
"Filem Mat Kilau ini yang sedang ditayangkan masa ini satu filem yang boleh membangkitkan balik semangat Melayu-Islam beraja di tanah air kita dan ianya dapat mengembalikan balik perasaan kebanggaan kita terhadap bangsa dan juga negara kita," katanya.
Mohd Alhamadi berkata demikian ketika ditemui di Galeri Mat Kilau di Sekolah Kebangsaan Padang Garuda Kuantan.
BACA: Baru empat hari ditayangkan, filem Mat Kilau raih kutipan RM11 juta
Menurut Mohd Alhamadi lagi, walaupun filem Mat Kilau yang kini sedang dalam tayangan, merupakan satu fiksyen, tetapi ianya tidak mencalarkan imej datuknya sebagai pahlawan yang berjuang menentang penjajah Inggeris.
Sebagai salah seorang pewaris pahlawan Mat Kilau, Mohd Alhamadi turut mengucapkan terima kasih kerana filem tersebut tidak memasukkan unsur-unsur khurafat seperti kebal, ghaib, boleh terbang dan sebagainya.
"Kerana ianya akan menjadi satu bahan rujukan di kemudian hari nanti jadi kalau ceritanya tak betul anak cucu cicit kita 30, 40 tahun akan datang akan memegang fakta yang tak betul sebab saya melihat dalam media massa.
"Ini bukan dalam filem ya, dalam media massa banyak menulis perkara-perkara yang pelik-pelik. Mat Kilau boleh ghaib, Mat Kilau kebal, ini semua seolah-olah kita nak mendongengkan ataupun mengkartunkan satu nama yang besar dalam bangsa kita, jadi rugilah kita sebenarnya," katanya.
Filem 'Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan' yang mula ditayangkan di pawagam sejak 23 Jun lalu di bawah terbitan Studio Kembara itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhan, Johan As'ari dan ramai lagi.
Mohd Zalani Md Atan
Thu Jun 30 2022
Mohd Alhamadi menyifatkan filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof itu merupakan satu perkembangan baik dalam industri filem negara.- Foto Astro AWANI
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' filem Malaysia paling banyak ditonton di Netflix
'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' muncul sebagai filem Malaysia yang paling banyak ditonton di saluran Netflix antara Januari hingga Jun 2023.
Filem Malaysia 'Imam' dan 'Mat Kilau' ditayang di Namibia
Filem-filem itu mempamerkan kualiti kepimpinan dan semangat juang menentang penindasan, serupa dengan perjuangan Palestin.
Filem Mat Kilau cetus fenomena silat di Pelangai
Di gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, dua calon sedang rancak 'berpencak' bagi meraih sokongan pengundi.
Bagai ada yang kurang di Jerantut.. Adakah benar 'kampung Mat Kilau' kurang promosi?
Penduduk sendiri tak pasti apa tarikan lain di kampung mereka. Kehangatan fenomena filem Mat Kilau juga makin pudar.
PRU15: Calon BN yakin menang 4-0 di Jerantut
Barisan Nasional (BN) yakin akan sapu bersih kesemua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Jerantut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bajet 2023: RM50 juta dana perkasa filem kenegaraan
Industri perfileman negara diperuntukkan RM50 juta bagi penghasilan filem berunsur kenegaraan.
Mat Kilau ditayangkan di Netflix sempena Hari Malaysia
Mat Kilau akan disiarkan secara global pada 16 Sept, kecuali di Indonesia, di mana filem ini akan dilancarkan pada 14 Okt.
Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF
Pelakon filem Mat Kilau pula Datuk Adi Putra diberikan penghormatan untuk membacakan ikrar untuk memerdekakan diri dari keburukan di jiwa.
Ramli sambut baik hasrat terbit filem sejarah Pasir Salak
Waris keturunan Datuk Sagor itu serah pada pengarah untuk olah jalan cerita filem sejarah negeri Perak.
Syamsul Yusof sambut baik cadangan Maya Karin mahu jadi Mahsuri
Selepas menjadi 'pontianak', Maya teringin pula memegang watak Mahsuri.