KUALA LUMPUR : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary diingatkan agar menggunakan saluran yang betul apabila memberikan pendapat peribadi mengenai tarekat dan tasawuf.
Jurucakap Pondok-Pondok Semalaysia dan gabungan lebih 100 NGO, Engku Ahmad Fadzil Engku Ali menjelaskan, ia berikutan dua perkara berkenaan disifatkan rumit apabila memperlihatkan golongan cendekiawan dan ulama berbeza pandangan.
"Setelah diputuskan bahawa tarekat ini dibenarkan untuk diamalkan, kalau ada pihak yang masih belum jelas dan belum berpuashati, maka gunakan saluran yang betul.
"Jangan bagi jawapan yang misleading dalam Dewan Negara, jangan buat kenyataan yang keras iaitu laknat Allah yang akan menimbulkan ketidakharmonian dan ketidakpercayaan kepada pihak berkuasa agama," katanya semasa program Agenda AWANI pada Selasa.
BACA : Dibenar amal Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani
Ahmad Marzuk didakwa telah mengeluarkan kenyataan yang salah dan mengelirukan di dalam Dewan Negara pada 28 Mac lepas berhubung keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah (MKI) ke-117 yang telah dipersetujui oleh mufti-mufti.
Pada 2 April, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, Mesyuarat MKI ke-117 tidak membuat sebarang keputusan untuk meminda atau membatalkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-48 pada 2000, sebaliknya hanya membenarkan pengikut tarekat itu mengamalkannya selagi tidak bertentangan dengan akidah.
Susulan itu, pada 9 April, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa JAKIM tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah MKI.
Engku Ahmad Fadzil menegaskan, Ahmad Marzuk perlu digantikan dengan individu yang lebih berwibawa susulan kenyataannya yang menimbulkan ketidakharmonian dan ketidakpercayaan terhadap pihak berkuasa agama di negara ini.
"Jadi kami cadangkan supaya YB Timbalan Menteri digantikan dengan tokoh yang lebih berwibawa, yang lebih faham dengan ahli sunnah waljamaah berbanding dengan ingin berkeras dengan pandangan serpihan yang kita tahu, tidak dapat tidak akan ada dalam masyarakat kita," ujarnya.
Jelasnya lagi, pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang membenarkan tarekat diamalkan di negara ini perlu menulis surat kepada MKI bagi memohon membentangkan data baharu yang belum dibentangkan sebelum ini.
"Namun, kalau kita masih lagi mahu mengulangi 'muzik' yang sama, maka orang tersebut tidak berfikiran luas dan cuba mengapi-apikan kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," ujarnya lagi.
BACA: Polemik tarekat Tasawuf dan Timbalan Menteri Ahmad Marzuk: Apa yang kita tahu setakat ini...
BACA : Lebih 100 NGO serah memorandum kepada Istana Negara, minta Ahmad Marzuk digantikan
Rahimah Abdullah
Tue Apr 19 2022
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali berkata Datuk Ahmad Marzuk Shaary perlu menggunakan saluran yang betul apabila memberikan pendapat peribadi mengenai tarekat dan tasawuf. - Gambar/ Astro AWANI
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
17 tarekat masih beroperasi di N. Sembilan
Tujuh belas tarekat masih beroperasi di Negeri Sembilan daripada 18 yang berdaftar di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.
TPM seru kumpulan tarekat disusun atur agar lebih dinamik dan progresif
Setiap kumpulan tarekat di Malaysia digesa disusun atur supaya bukan sahaja menepati hak ilmu tetapi lebih dinamik dan progresif dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat, negara dan agama.
Tarekat: Perlu perincian untuk elak kekeliruan - Jamil Khir
Pihak berkuasa agama di negara ini perlu mengeluarkan butiran terperinci mengenai kumpulan tarekat yang dibenarkan dan tidak dibenarkan bagi mengelakkan timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Taksub tarekat: 'Siapa hendak jaga anak dan isteri?' - Pendakwah bebas
Banyak kumpulan tarekat di negara ini dilihat lebih memuja dan taksub kepada ketua mereka semasa melakukan ibadah zikir berbanding Allah.