Tareq-Taylor-Nordic-Cookery-3.jpg

Tareq Taylor’s Nordic CookeryAsian Food Channel, unit di bawah naungan Scripps Networks Interactive, salah satu syarikat terkemuka gaya hidup untuk kategori rumah, makanan dan siri jelajah, dengan bangganya mempersembahkan jelajah “Tareq Taylor’s Nordic Flavors” yang menampilkan chef, pemilik restoran dan penulis buku masakan terkenal dari Sweden, Tareq Taylor.

Mulai 14 hingga 18 Oktober, Tareq akan mengunjungi Singapura, Malaysia dan Filipina dan menghidangkan makanan untuk para peminat, pelanggan korporat dan media. Di Malaysia, Tareq akan mengendalikan beberapa siri acara makan malam korporat, dengan menyediakan beberapa sajian Nordic daripada programnya. Para tetamu bakal disajikan dengan hidangan istimewa seperti Ikan Kod bersama Epal dan Elderflower serta Kentang dan Sup Artichoke Jerusalem bersama Truffle Putih. Tareq juga akan menyediakan beberapa hidangan yang diciptanya khusus untuk jelajah ini, termasuk Ubi Bit dan Kentang bersama Keju Kambing dan Panna Cotta Kelapa, Coklat Putih Karamel dan Raspberi. Sajian makan malam pada 14 dan 15 Oktober akan digandingkan bersama Jacob’s Creek dan ditaja bersama oleh Kolej Hospitaliti Universiti BERJAYA dan Pernod Ricard Malaysia. Majlis makan malam pada 16 Oktober ditaja oleh BMW Malaysia.
Tareq-grill-2.jpg
“Merantau ke serata dunia, cita rasa hidangan Asia yang begitu berbeza sentiasa membuatkan saya begitu kagum. Ada sesuatu yang istimewa serta perasaan kasih dan minat mendalam masyarakat Asia terhadap makanan yang mengingatkan saya kepada kampung halaman,” kata Tareq. “Saya teruja untuk mempelajari lebih banyak lagi mengenai budaya dan cita rasanya yang menarik bersama tetamu pada majlis makan malam dan para pelajar BERJAYA UCH. Saya juga tidak sabar untuk berkongsi minat dan komitmen saya terhadap prinsip makanan yang mampan, keluaran organik dan makanan yang ditanam sendiri bersama mereka.”

“Tareq Taylor mewakili sajian global yang terbaik, dan kami teruja untuk membawakannya dengan lebih dekat lagi kepada para penonton di rantau ini,” kata Derek Chang, Pengarah Urusan, Scripps Networks Asia Pasifik. “Saya ingin merakamkan penghargaan kepada rakan kongsi kami atas sokongan kepada jelajah serantau Tareq Taylor’s Nordic Flavors dan kami menantikan lebih banyak peluang untuk menghimpunkan pengalaman chef selebriti yang unik ini dan membawakan kegembiraan makanan kepada para peminat dan tetamu kami.”
article-2520190-19CF8CC100000578-518_634x399.jpg
Ketua Pegawai Operasi BERJAYA UCH, Mae Ho turut berkata, “Kami teruja untuk bekerjasama dengan AFC sekali lagi sempena majlis chef selebriti ini yang mengetengahkan chef berbakat, Tareq Taylor. BERJAYA UCH berbangga kerana berupaya untuk menyediakan peluang dan pengalaman kulinari yang dinamik ini kepada para pelajar dan rakan kongsi kami, dan kami melihat sinergi yang hebat antara AFC dan BERJAYA UCH untuk melaksanakannya.”

Tareq Taylor’s Nordic Flavors adalah acara ketiga dan terakhir siri jelajah chef selebriti Scripps Networks Asia Pasifik 2014 di seluruh rantau ini. Jelajah chef selebriti sebelum ini menampilkan Matt Basile daripada program Asian Food Channel Rebel Without a Kitchen dan Chef Bal Arneson, hos Spice of Life with Bal Arneson dan Spice Goddess.
Untuk maklumat lanjut mengenai jelajah Tareq Taylor’s Nordic Flavors, layari www.asianfoodchannel.com/tareqtaylor mulai 10 Oktober. Tontoni Tareq Taylor di Asian Food Channel dalam Tareq Taylor’s Nordic Cookery, Isnin hingga Jumaat pada jam 12 tengah malam sehingga 24 Oktober ini.