Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PKR mungkin sudah terdesak untuk mencari orang yang boleh memberi nasihat kepada mereka, sehingga mereka menawarkan kedudukan itu, kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun timbalan perdana menteri itu percaya Tun Dr Mahathir terlalu sebati 'darah UMNOnya', iaitu parti yang dipimpinnya begitu lama, untuk menerima jawatan berkenaan jika ditawarkan.
"Saya percaya begitu, walaupun beliau kritikal dalam isu-isu tertentu dalam politik mahupun pentadbiran kerajaan tapi saya percaya beliau ahli UMNO yang sebati selepas menjadi pemimpin parti begitu lama," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Pemimpin Bersama Rakyat Dewan Suarah Bau di sini hari ini.
"Mungkin mereka (PKR) sudah rasa terdesak, tak ada siapa lagi yang boleh membantu jadi mereka terfikir Tun (Dr Mahathir)," katanya.
Beberapa blog semalam melaporkan sekumpulan anggota PKR yang berhimpun di hadapan Ibu pejabat PKR Tropicana memegang kain rentang yang mendesak pucuk pimpinan parti itu melantik Tun Dr Mahathir sebagai ketua umum PKR menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara.
Sementara itu, semasa dirujuk mengenai persiapan Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh, Muhyiddin berkata ketika ini masih terlalu awal untuk memperkatakan hal itu.
Ini kerana sehingga ini belum ada kenyataan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi Parlimen itu.
Selasa lepas, Mahkamah Persekutuan mendapati penasihat PKR yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh, Anwar, bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan mengekalkan keputusan serta hukuman penjara lima tahun yang dijatuhi Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Bernama
Fri Feb 13 2015
Muhyiddin percaya, Tun Mahathir begitu sebati dengan 'darah UMNO' dan tidak mungkin menerima tawaran daripada PKR tersebut jika benar beliau dipelawa. - Gambar fail
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
PKR bincang isu Zakir Naik Rabu ini - Anwar
Biro Politik PKR akan mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi membincangkan tiga isu iaitu berkaitan Dr Zakir Naik, tulisan Jawi dan Gabungan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina (Dong Zong).
PKR: Tugas besar menanti Anwar
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan parti dilihat berhadapan cabaran lebih besar.
Tidak layak jadi PM jika abaikan agenda Melayu, Islam - Anwar
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak layak untuk menjadi perdana menteri jika mengabaikan agenda untuk orang Melayu dan agama Islam.
Anwar sasar jawatan Presiden PKR
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan bertanding bagi jawatan Presiden parti itu untuk penggal 2018/21.
Pindaan perlembagaan PKR beri lebih suara kepada pimpinan Sabah, Sarawak
Seorang perwakilan turut mencadangkan ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan presiden.