KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,400 tawaran pengambilan Guru Perkhidmatan Kontrak (COS) akan diumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sebelum 31 Mei ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Jidin menjelaskan pengambilan guru COS itu bagi memenuhi keperluan asas pengambilan tenaga yang diperlukan.

"Guru COS, nak isi bila? Ini kita baru mendapat maklumat terkini daripada SPP berkaitan pengisian ini, insyAllah tawaran calon yang berjaya akan dibuat oleh SPP sebelum 31 Mei 2022.

"Hanya 2,400 tempat sahaja akan di isi oleh oleh guru COS. Ini menjadikan keseluruhan 87 peratus daripada keperluan asas seramai 18,702 orang guru akan dapat dipenuhi dengan pengambilan ini," jelasnya dalam sebuah video dimuat naik di laman Facebook miliknya pada Rabu.

Mengulas mengenai status pengambilan guru secara one-off tambah Mohd Radzi, seramai 13,770 orang guru berjaya ditempatkan di sekolah seluruh negara sehingga 11 Mei.

"Status pengambilan one-off, keperluan kita 18,702 orang sehingga 11 Mei 2022, kita telah tempatkan 13,770 orang guru di sekolah seluruh negara.

"Yang baki ini adalah untuk mata pelajaran sukar dapat bekalan daripada pasaran termasuk Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual termasuk mata pelajaran bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

"Jadi saya ucapkan tahniah kepada yang telah berjaya dan wadah yang terbaik dalam mendidik anak di sekolah kali ini," katanya lagi.