TAWAU: Tawau akan menjadi lokasi strategik di Malaysia untuk melihat fenomena gerhana matahari separa pada tahun hadapan dengan peratus litupan matahari mencecah hampir 50 peratus.
Pengarah Planetarium Negara Anita Bahari berkata mengikut kiraan astronomi tarikh berlaku fenomena itu pada 20 April, iaitu waktu tengah hari dan pada bulan puasa.
"Tawau adalah lokasi terbaik mencerap atau meneropong gerhana matahari ketika itu, berbanding di tempat lain misalnya di Semenanjung Malaysia pun hanya lima hingga 15 peratus litupan," katanya ketika berucap pada majlis penutupan jelajah astronomi pantai timur Sabah disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Alam di sini semalam.
Anita turut memohon persetujuan daripada Majlis Perbandaran Tawau serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) dan Planetarium Negara agar pihak Planetarium Negara dibenarkan untuk mengadakan program bersama masyarakat Tawau pada tarikh tersebut sekali gus menyaksikan keajaiban gerhana matahari.
"Sebenarnya pada tahun hadapan kita alami gerhana matahari hibrid, hibrid ini jarang berlaku mungkin dalam 20 hingga 30 tahun, terdapat satu masa pada hari sama akan berlaku gerhana matahari penuh, gerhana matahari cincin (anulus) dan di sini adalah laluan paling akhir matahari separa," katanya lagi.
Menurutnya, pihaknya bersedia membawa peralatan termasuk pelbagai jenis teleskop khas untuk matahari serta membawa pakar-pakar astronomi yang akan membantu menerangkan kepada masyarakat mengenai fenomena itu dan kesannya dalam kehidupan seharian.
Dalam pada itu, Anita mengalu-alukan penyertaan termasuk badan bukan kerajaan, pihak pelancongan serta kerajaan Sabah melalui KSTI untuk memperhebatkan usahasama promosi astronomi.
"Selain mengenal pasti lokasi di Sabah yang boleh diwartakan sebagai kawasan pelancongan astronomi," katanya lagi.
Sementara itu, Yakub berkata KSTI mengalu-alukan Planetarium Negara mengadakan program pencerapan gerhana matahari separa di Tawau pada tahun hadapan.
Mengenai Jelajah Astronomi katanya program itu berjaya menarik 14,000 orang hadir di tiga lokasi jelajah yang diadakan di Sandakan, Lahad Datu serta Tawau dan ini membuktikan ilmu astronomi mampu menarik minat masyarakat di Sabah.
"Penganjuran program ini merupakan kolaborasi ketiga di antara KSTI dan Planetarium Negara selepas Karnival Sains Sabah 2021 dan Pertandingan Video Pendek Kelestarian Alam Semesta," katanya.
Menurutnya program jelajah astronomi itu satu platform dan usaha kerajaan untuk menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dalam meningkatkan kadar bilangan pelajar bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) di Sabah yang ketika ini baru mencapai 27 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022
Fenomena Gerhana Matahari Separa yang dilitupi awan gelap. - Gambar fail/BERNAMA
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
CAAM sahkan penerbangan MH2664 ke Tawau berpatah balik
Penerbangan MH2664 dilaporkan berlepas 2.45 petang sebelum berpatah balik ke KLIA.
RM200,000 bina semula tiga jambatan di Tawau yang terbakar
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan mengeluarkan peruntukan RM200,000 bagi membina semula tiga jambatan kayu yang musnah dalam kebakaran, Rabu lepas.
Kebakaran Tawau: Seramai 286 orang dipindahkan ke PPS pagi ini
Satu lagi PPS telah dibuka iaitu Dewan OT Mohd Jantan Tanjung Batu Darat di sini, namun setakat ini masih tiada mangsa dipindahkan.
45 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Tawau
Sebanyak 45 rumah yang dibina di atas air musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond petang ini.
Kes bunuh pemandu e-hailing: Ada kesan darah pada kereta Myvi - Polis
Mahkamah diberitahu bahawa terdapat kesan darah di dalam dan di luar kereta Perodua Myvi berwarna putih yang dijumpai di ladang kelapa sawit.
Kanak-kanak dua tahun ditemukan lemas di Tawau
Kanak-kanak dua tahun yang dilaporkan jatuh di muara sungai di belakang rumah di Tawau petang semalam, ditemukan lemas pagi tadi.
Malaysia, Indonesia mulakan Eksesais Kekar Malindo di Tawau, Kalabakan
Sebanyak 647 pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia serta Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia memulakan Eksesais Kekar Malindo hari ini.
Agong, Permaisuri berangkat tiba di Tawau untuk Kembara Kenali Borneo
Pesawat membawa Seri Paduka berdua yang berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang mendarat pada pukul 1.50 tengah hari.
SPRM tahan pemilik syarikat palsukan dokumen kerja penyelenggaraan lebih RM1 juta
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 2 petang Isnin ketika hadir di Pejabat SPRM Cawangan Tawau.
Kawasan pelaksanaan perintah berkurung ESSZone diteliti semula
Perkara itu telah dibincangkan dalam satu mesyuarat operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah di Tawau pada Isnin.