Taylor Swift trending sekali lagi apabila mencipta sejarah sebagai penyanyi pertama yang merampas takhta lagunya sendiri, yang menduduki carta teratas Billboard Hot 100 dengan singlenya yang lain.

Single terbarunya, 'Blank Space' menggantikan 'Shake It Off' di tangga teratas selepas tiga minggu menduduki takhta Billboard.

Bukan itu sahaja, jumlah tontonan video klip Swift di Youtube turut menyaksikan peningkatan selepas menarik keluar lagu dan albumnya dari perkhidmatan penstriman muzik popular, Spotify.

Jumlah tontonan video klip rasminya di Youtube meningkat sekitar 12.5 juta tontonan setiap hari pada 3 November kepada 24 juta sehari pada minggu berakhir 9 November.

Jumlah tontonan video klip 'Shake It Off' pula meningkat 120%, manakala saluran Youtubenya menyaksikan peningkatan 72% dari minggu ke minggu sehingga 16 November.

Nampaknya reputasi ratu media sosial tidak goyah walaupun tidak menggunakan perkhidmatan Spotify yang begitu popular di kalangan pengguna peranti mudah alih.