SUBANG JAYA: Taylor’s telah menganjurkan Taylor’s International Accounting Day 2022 (TIAD’22) buat julung kalinya dengan sokongan Institut Akauntan Malaysia (MIA) sebagai menghargai jasa dan bakti profesion perakaunan di Malaysia.

Timbalan Naib Canselor Dan Ketua Pegawai Akademik Taylor’s University, Professor Dr Pradeep Nair berkata selain didedikasikan buat mereka yang berprofesion perakaunan, inisiatif ini dilaksanakan bagi memberi inspirasi kepada golongan muda akan peluang kerjaya dalam bidang tersebut.

Jelasnya, inisiatif yang dilaksanakan oleh Pusat Pengajian Profesional dan Pengajian Perniagaan, Taylor's College ini melibatkan banyak organisasi bidang perakaunan bertauliah sekali gus berfungsi sebagai platform bagi para pelajar, graduan baharu dan profesional berkumpul untuk berkongsi pengetahuan dan mengembangkan rangkaian perhubungan mereka.

“Selama bertahun-tahun, kami telah meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar dalam program perakaunan kami untuk membolehkan mereka memperoleh kelebihan berdaya saing dalam dunia perakaunan menerusi kurikulum yang sentiasa ditambah baik dengan pelbagai pengalaman dari pakar yang profesional bagi membantu pelajar kami selangkah ke hadapan dalam pasaran.

“Baru-baru ini, Taylor's telah memperkenalkan Taylor's Centre of Accountancy Studies untuk memberi peluang kepada pelajar kami membina daya tahan dan kebolehsuaian dalam industri perakaunan.

“Kami juga komited untuk membina perkongsian dengan profesional dalam industri berkenaan yang terdiri daripada pelbagai organisasi termasuk Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Malaysian Institute of Certified Public Accountants - Chartered Accountants Australia and New Zealand (MICPA CA ANZ), Certified Practising Accountant Australia (CPA Australia), Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), KPMG Malaysia dan Crowe Malaysia serta banyak lagi,” katanya semasa Majlis Sambutan Taylor’s International Accounting Day 2022 (TIAD’22) di Taylor’s University, Subang Jaya baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Presiden Institut Akauntan Malaysia (MIA), Datuk Bazlan Osman.

Selain itu, bersempena dengan sambutan Hari Perakaunan Antarabangsa yang jatuh pada 10 November setiap tahun, TIAD'22 turut meraikan akauntan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dari pelbagai badan perakaunan diiktiraf atas sumbangan kepada profesion dan negara menerusi anugerah ‘Taylor’s Accountants Of The Year’.

Antara mereka yang menerima penghargaan ialah Pegawai Eksekutif Lembaga Pemantauan Audit, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia,  Alex Ooi Thiam Poh; Pengerusi CIMB Group Holdings Berhad, CIMB Bank Berhad dan CIMB Bank PLC, Datuk Mohd Nasir Ahmad; Pengarah Urusan, Perbankan Borong Kumpulan di RHB Banking Group, Tuan Syed Ahmad Taufik Albar; Pengarah Urusan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas TG Consulting Sdn Bhd, Theresa Goh; Ketua Perkhidmatan Kewangan Global, Experian Malaysia, Toh Beng Siew; Pengerusi Bukan Eksekutif, Tricor Malaysia, Dr Veerinderjeet Singh; dan Pengurus Besar Kanan, Strategi dan Transformasi Tenaga Nasional Berhad, Yasmin Mohd Ramzi.

Di samping itu, pada majlis yang julung kali diadakan, Taylor’s turut berbangga mengiktiraf sumbangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan Institut Akauntan Malaysia kepada profesion perakaunan di Malaysia.

TIAD'22 telah ditaja oleh Penaja Berlian MICPA X CA ANZ  manakala Penaja Platinum pula oleh GoKudos dan TraTax.

Selain itu, Penaja Emas TIAD’22 adalah ACCA, ATAREK Group, Baker Tilly Malaysia, Certified Practising Accountant Australia (CPA Australia), CROWE Malaysia, KPMG Malaysia, WHLK Group, dan YYC & Co.

Sementara itu, Penaja Perak adalah  American Institute of Certified Professional Accountants (AICPA) & Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), CapBay, PKF Malaysia dan Urbach Hacker Young Malaysia(UHY Malaysia).

Untuk maklumat lanjut mengenai TIAD'22, sila layari https://bit.ly/3MphanH

Taylor's | Hargai profesion perakaunan di Malaysia

*Artikel ini adalah kandungan berbayar