PASIR PUTEH: Sebuah keluarga dari Kampung Guntong, Wakaf Lanas di sini dikejutkan kehadiran 'tetamu' tidak diundang apabila seekor ular tedung selar sepanjang lima meter ditemui bersembunyi dalam longgokan kotak kasut di ruang tamu rumah pada Selasa.
Kehadiran reptilia seberat 20 kilogram (kg) itu disedari pemilik rumah berkenaan, Fareez Helmi Ibrahim, 32, selepas diberitahu oleh anak saudaranya yang melihat kelibat ular tersebut dalam longgokan kotak kasut.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.24 petang.
Menurutnya, seramai lima anggota dikejarkan ke lokasi dan mendapati ular tersebut sedang 'menyorok' di dalam timbunan kotak kasut.
"APM mengambil masa selama 10 minit untuk menangkap ular tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Nik Mohd Nor berkata, sejak November hingga awal bulan inii, APM Pasir Puteh telah menerima 77 kes berkait dengan ular masuk rumah.
"Antara jenis ular tersebut ialah tedung selar, tedung senduk, kapak dan ular sawa.
"Bagi mengelakkan haiwan berbisa ini memasuki kediaman, saya nasihatkan susun atur rumah diperkemas, teratur sebab haiwan ini suka tinggal di kawasan berselerak," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 08 2021
Ular tedung selar sepanjang lima meter yang ditemui bersembunyi dalam longgokan kotak kasut di sebuah rumah di Kampung Guntong, Wakaf Lanas pada Selasa. -Foto Sinar Harian
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
King Cobra 'berdiri' tegak depan mata
Pengalaman berdepan ular tedung selar atau lebih dikenali sebagai 'King Cobra' pada pertengahan tahun lalu sukar dilupakan Mohd Izzat.
Dengusan kuat kejutkan wanita, rupanya ular tedung ‘tumpang tidur' bawah katil
Seorang wanita nyaris menjadi mangsa dipatuk ular tedung selar selepas reptilia itu menyusup masuk ke bawah katil di rumahnya.
'King Cobra' 20 kilogram berehat bawah almari dapur berjaya ditangkap
Seekor ular tedung selar dengan berat 20 kilogram sedang 'berehat' sambil melepaskan dengusan yang kuat.
APM Hulu Terengganu tangkap ular tedung selar dalam bilik tidur
Lima anggota APM mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular yang berada di atas dinding kayu di dalam bilik tidur.
Hampir 100 ular akan diserah kepada Perhilitan - APM Besut
Ular tedung selar tersebut ditangkap oleh anggotanya di sebuah rumah di Kampung Tok Dor, di sini pada 9 Nov.
Penduduk cemas jumpa ular tedung selar di muka pintu
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, reptilia berukuran 2.44 meter itu berjaya ditangkap oleh anggota bomba.
Viral! Lelaki tangkap ular tedung selar seberat 10kg dengan tangan
Ular tedung selar atau lebih dikenali sebagai King Cobra, merupakan salah satu spesis ular yang paling digeruni di muka bumi ini.
Redah banjir tangkap ular tedung selar
Kerja-kerja menangkap ular tedung itu berdepan sedikit kesukaran kerana kawasan tersebut ditenggelami air.
Bunyi seperti ayam, rupanya tedung selar di belakang almari
Kehadiran ular tedung selar di rumah seorang penduduk di Kampung Dalam Jalan Perik, dekat Padang Terap kejutkan seorang petani.
APM dua kali tangkap ular di rumah yang sama dalam tempoh dua hari
Dalam kejadian Selasa lalu, ular tedung selar ditangkap di dalam rumah berkenaan dan kira-kira jam 7.30 malam tadi, ular yang dipercayai "pasangannya" pula ditangkap di dalam reban ayam.