Mariah Ahmad
Fri Mar 13 2015
HANIPA: Mereka yang tidak mahu menyuarakan kelemahan pimpinan, adalah mereka yang merosakkan PAS.
Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin menasihati semua ahli Pas agar lebih berani dalam memberi teguran kepadapresidenDatuk Seri HadI Awang, demi kebaikan parti.
Malah, beliau berkata, mereka yang tidak mahu menyuarakan kelemahan pemimpin, adalah kalangan yang merosakkan parti itu sendiri.
"Saya berpegang kepada jangan sokong bawa rebah. Saya sering tegur apabila dalam atau luar mesyuarat. Mereka yang merosakkan Pas adalah mereka yang menyokong presiden bawa rebah.
"Yang tak mahu tegur presiden ada kelemahan, yang merasakan presiden sempurna, ini adalah golongan yangmerosakkanPas.
"Dia tahu presiden lemah, tapi tidak mahu tegur, ini masalah. Mengampu ini mana-mana pertubuhan akan hancur,” tambah beliau dalam satu forum anjuran MalaysiaKini bertajuk "Ke mana Pas tanpa Tuan Guru Nik Aziz" di sini malam semalam.
Beliau juga berkata apa yang berlaku kepada Datuk Seri Hadi Awang ketika ini adalah seperti yang pernah berlaku sewaktu pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Walaupun saya tidak setuju dengan Tun Mahathir, namun saya selalu membaca artikel-artikelnya dan saya nampak ada rasionalnya.
"Antaranya, beliau berkata, ketika menjadi Perdana Menteri, dia kadang-kadang melakukan apa yang dia lakukan itu kerana tiada siapa yang tegur!Tiadaorang yangberanimahu menegur!”
“Tun Mahathir juga menceritakan bagaimana dalam sebuah kerajaan, di mana terdapat seorang raja yang terlampau takut ditegur, dan apabila suatu hari raja itu berbogel, orang boleh kata cantik, padahal raja itu berbogel,” tambahnya.
Hanipa menyifatkan mereka yang tidak berani menegur presiden adalah mereka yang berbohong kepada presiden.
“Maknanya kita tidak mahu bercakap benda benar, ini adalah masalah kerosakan dalam PAS. Selagi kita tidak mengakui benda ini, selagi itu kita tidak boleh maju ke hadapan. Pas,kenaakui perkara ini.
Forum tersebut turut dibarisi panelis Pengerusi Islamic Renaissance Front Dr Ahmad Farouk Musa, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib, dan Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar.
Forum yang dipengerusikan pengarang Malaysiakini Jimadie Shah Othmantu itu dihadiri kira-kira 50 orang.
Hanipa, dalam ucapan penggulungannya, menasihati agar pimpinan PAS supaya lebih matang daripada segi kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat.
"Masalahyang palingbesaradalahapabila merekamahumenyesuaikan diri. Kita dah selesa dengan zon selesa kita, jadi bila kita bercampur dengan parti-parti yang berlainan ideologi dan falsafah, untuk menyesuaikan diri itu memang memakan masa.
"Apa lagi kalau kita pula tak mahu menyesuaikan diri. Kita akan jadi musuh kepada itu. Kita punya tahap toleransi itu mesti lagi lebih daripada biasa. Kalau kita ada toleransi itu, saya rasa kita boleh capai banyak kejayaan," katanya.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tegurlah Hadi, jangan sokong presiden hingga bawa rebah - Hanipa Maidin
Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin menasihati agar semua ahli PAS perlu lebih berani dalam memberi teguran kepada presiden parti itu, Datuk Seri Hadi Awang demi kebaikan parti.