Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu menamakan siapa Perdana Menteri yang dipilih secara konsensus oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat hari ini.
Katanya, Konvensyen Pakatan Harapan yang bakal bersidang pada 7 Januari ini adalah sebagai persediaan serta pentas untuk anggota komponen dan pimpinan mengukuhkan kesatuan mereka.
“Pada konvensyen nanti, kami akan buat beberapa pengumuman berkaitan pelan masa depan Pakatan Harapan.
“Kami juga ada menjemput pemerhati luar dari kedutaan-kedutaan yang ada di Malaysia,” katanya.
Namun, seperti yang dijangkakan, beliau menolak untuk jawab mengenai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.
“Kalau saya bagitau hari ini, apa guna Konvensyen Pakatan Harapan?
”Kat sana nanti kami akan beritahu,” seloroh bekas Perdana Menteri ke-4 itu.
Beliau pada masa sama mengakui semua parti komponen Pakatan Harapan berjumpa hampir setiap hari untuk menyusun strategi terbaik.
“Kami akan menghadapi pilihan raya sebagai Pakatan Harapan walau apa pun tindakan yang bakal dilakukan bagi menggagalkan kami.
“Kami ada pelan A, pelan B, pelan C, pelan D, pelan E, dan banyak perancangan lagi.
“Senarai calon pun semua parti dah sedia, cuma kita tak bagitau sekarang supaya mereka tak bertumbuk,” katanya lagi.
Buat pertama kalinya, konvensyen yang dijadual berlangsung Ahad ini bakal menampilkan semua empat parti komponen di atas satu pentas.
Dijangkakan 1,200 perwakilan akan hadir di Dewan Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam.
Hilal Azmi
Thu Jan 04 2018
Konvensyen Pakatan Harapan yang bakal bersidang pada 7 Januari ini adalah sebagai persediaan serta pentas untuk anggota komponen dan pimpinan mengukuhkan kesatuan mereka. -Astro AWANI/Hilal Azmi
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Konvensyen PH dianjak ke 20 Okt
Ahmad Fahmi berkata konvensyen pada 20 Okt itu masih bertempat di Perak, namun lokasinya akan dimaklumkan kemudian.
Peralihan kuasa: Tiada tempoh ditetapkan semasa Konvensyen PH - Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan tiada sebarang tempoh masa ditetapkan berhubung perjanjian penyerahan jawatan Perdana Menteri.
PPBM mahu 'jadi UMNO' dalam Pakatan Harapan - Penganalisis
Prof Madya Dr Fuad Othman berpandangan perkara itu mempunyai asas terutama melihat kepada asal-usul parti yang sebelum ini merupakan serpihan daripada UMNO.
Agihan kerusi DUN PH di N.Sembilan belum muktamad
Beliau berkata, bagaimanapun, perbincangan mengenainya kini di peringkat akhir dan dijangka akan diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi PH untuk diluluskan, hujung bulan ini.
Teka-teki calon PM Pakatan Harapan terjawab 7 Jan ini - Tun M
Konvensyen Pakatan Harapan yang bakal bersidang pada 7 Januari ini adalah sebagai persediaan serta pentas untuk anggota komponen dan pimpinan mengukuhkan kesatuan mereka.