SEPANG: Kenderaan mempunyai ruang besar dan selesa antara taktik digunakan perkhidmatan kereta sewa haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 di sini.
Hasil intipan dan pemantauan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) Selangor pada Khamis berjaya membongkar kegiatan tersebut menerusi penahanan dua individu bersama dua kenderaan dipercayai digunakan sebagai teksi haram.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, dua buah kenderaan jenis Perodua Myvi dan Toyota Alphard bersama pemandu telah ditahan dan disita untuk siasatan selanjutnya.
"Kedua individu yang ditahan masing-masing merupakan lelaki warga tempatan berumur 42 dan 51 tahun.
"Ketika tangkapan dijalankan, kedua-dua suspek dipercayai sedang membawa pelancong warga asing," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Katanya, siasatan dijalankan mendapati ulat yang menawarkan kegiatan teksi haram ini menyasarkan pelanggan terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.
"Siasatan awal mendapati ulat tersebut mengenakan tambang kepada pelancong bukan warganegara antara RM120 hingga RM200 dari KLIA2 ke Kuala Lumpur.
"Tindakan dijalankan di bawah Seksyen 205(1), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010), yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan sesiapa yang bersubahat melakukan aktiviti ulat ini juga boleh didakwa mengikut Seksyen 243(1), di bawah akta yang sama," katanya.
Menurutnya, orang awam dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sah.
"Orang ramai dinasihatkan mendapatkan perkhidmatan sah sama ada melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan di KLIA/KLIA 2 atau pun membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing.
"Penguatkuasaan ini akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen atau secara haram," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 12 2022
Toyota Alphard dipercayai digunakan sebagai teksi haram bagi menarik pelanggan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2. -Foto Sinar Harian
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA
Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berikutan pembatalan penerbangan hari ini.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Saya perlukan tujuh peguam mewakili saya - Suspek kes tembak di KLIA
Perintah reman terhadap suspek berusia 38 tahun terbabit dibuat di hadapan Majistret, Rais Imran Hamid.
Suami bakal jalani pembedahan esok, Siti Noraida mohon doa orang ramai
Tiada apa diharapkan selain titipan doa orang ramai agar suami tersayang kembali pulih dan meneruskan kehidupan harian seperti sediakala.
Polis tingkat kawalan keselamatan, guna skuter elektrik di lapangan terbang - KP Selangor
Penggunaan skuter elektrik telah dirancang awal tahun ini dan kerajaan Selangor bersetuju membeli peralatan berkenaan untuk kegunaan polis Selangor.
Tembakan di KLIA: Farah Cie trauma, pengawal peribadi masih tak sedarkan diri
Farah Cie turut berkongsi keadaan terkini pengawal peribadinya yang masih tidak sedarkan diri.
Tembakan di KLIA: 'Saudara Hafizul... serah diri dengan aman'
Kejadian yang berlaku pada pagi itu sudah pun terjadi dan dinasihat agar suspek terbabit tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Tembakan di KLIA: Suspek miliki tiga rekod jenayah lampau - Pengarah JSJ
Suspek mempunyai dua rekod lampau kerana ugutan dan satu lagi rekod kerana mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam.
Tembakan di KLIA: Beri ruang polis siasat, jangan timbulkan spekulasi
Polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan berkaitan insiden tembakan di KLIA1.
Tembakan di KLIA: 'Tiada kaitan aktiviti keganasan' - KP Selangor
Kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi tiada kaitan dengan aktiviti keganasan.