KUALA LUMPUR: Beberapa tempat tumpuan di sekitar ibu kota termasuk pusat beli-belah Suria KLCC, Taman KLCC, Pavilion KL dan Jalan Bukit Bintang meriah dan dipenuhi rakyat tempatan dan warga asing yang mengambil kesempatan bersantai sempena cuti perayaan Aidilfitri.
Tinjauan Bernama hari ini mendapati, lebih ramai warga asing bersiar-siar di ibu negara memandangkan kelonggaran pada prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19 selain tidak lagi diwajibkan membuat imbasan kod QR menerusi MySejahtera.
Seorang akauntan warga Sweden, Agnes Lundstrom, 45, mengalu-alukan kelonggaran SOP COVID-19 kerana ia telah memudahkan beliau untuk bergerak ke mana-mana sahaja.
Agnes, yang telah lima tahun bekerja di negara ini, turut berasa lega kerana COVID-19 di negara ini telah beralih ke fasa peralihan endemik.
"Namun, ini tidak bermakna kita boleh mengabaikan tanggungjawab untuk sama-sama membantu mencegah penularan virus....dan kini saya lebih yakin untuk mengunjungi tempat-tempat awam kerana pihak berkuasa tempatan negara ini telah menjalankan tugas dengan baik dalam memastikan semua orang mematuhi SOP," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Suria KLCC hari ini.
Sementara itu, seorang pesara dari Turki, Ahmet Cetin, 64, yang telah menetap di Malaysia sejak dua dekad lepas berpendapat kehadiran warga tempatan telah berkurangan dengan ketara memandangkan ramai yang pulang dan bercuti ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri.
Menurutnya, ini kali pertama dia menyambut hari raya secara sendirian kerana ramai sahabat memilih untuk beraya di kampung halaman.
"Sudah dua tahun rata-rata rakyat Malaysia tidak dapat pergi melancong...dan rakan-rakan saya juga ada yang pulang ke kampung mereka di Johor, Sabah dan Sarawak. Jadi ini kali pertama saya menyambut hari raya seorang diri," katanya ketika ditemui di Pavilion.
Bagi pelancong Britain, Samantha Viejo, 37, dia berasa gembira dapat pulang ke Malaysia setelah perjalanannya ke sini tertangguh sejak dua tahun lepas.
"Saya sangat bertuah kerana dapat pulang tepat pada masa sambutan hari raya, jadi saya dapat menikmati pelbagai juadah perayaan yang terdapat di sini," kata ibu tunggal dua anak itu ketika ditemui di Jalan Bukit Bintang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 03 2022
Kelonggaran SOP bagi mencegah penularan COVID-19 membuatkan lebih ramai warga asing bersiar-siar di ibu negara. - Bernama
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Kilang terbakar, empat pekerja melecur
Beliau berkata kebakaran di bahagian tangki simpanan serbuk tepung itu bagaimanapun telah terpadam sebelum pasukan bomba tiba di kilang terbabit.
JPJ Pulau Pinang pergiat operasi kesan pemandu warga asing tanpa lesen
JPJ Pulau Pinang memandang serius kesalahan memandu kenderaan tanpa lesen kerana ia menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini.
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
Polis lepas lima das tembakan amaran ke arah kenderaan bawa PATI
Polis terpaksa melepaskan lima das tembakan amaran setelah sebuah kereta yang dinaiki enam individu memecut laju ketika pemeriksaan polis.
Imigresen laksana pemantauan 'omnipresence' di sekitar ibu negara
Antara kawasan tumpuan ialah KLCC, Jalan Silang, Kota Raya, Bukit Bintang dan Chow Kit.
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
P. Pinang guna kelebihan diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk tarik pelancong
Satu laporan peruncit di UK, Post Office, meletakkan Pulau Pinang di tempat ke-11 dalam senarai destinasi pelancongan termurah di seluruh dunia.
Bas persiaran terbalik, 16 cedera di Bentong
Keseluruhan mangsa yang terlibat adalah seramai 16 orang yang terdiri daripada 4 warga asing dan 12 warga tempatan.