KUALA LUMPUR: Tempoh kuarantin bagi pengembara yang telah menerima dos penggalak atau remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun tanpa pengiring kini dikurangkan dan ditetapkan kepada lima hari.
Selain itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan, ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR perlu dijalankan dua hari sebelum berlepas dengan keputusan negatif COVID-19.
“Ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dibuat pada hari ketibaan di pintu masuk antarabangsa. Ujian pengesanan RT-PCR dibuat pada hari keempat atau RTK Ag yang diselia oleh petugas kesihatan pada hari kelima.
“Pelepasan kuarantin pada hari kelima (diberi) jika ujian pengesanan COVID19 RT-PCR pada hari keempat atau RTK Ag yang diselia oleh petugas kesihatan pada hari kelima adalah negatif,” kata Khairy dalam sidang media di Parlimen di sini, pada Khamis.
Tambah beliau lagi, bagi mereka yang belum menerima dos penggalak tetapi telahpun lengkap divaksin iaitu dua dos, tempoh kuarantin yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah selama tujuh hari.
“Manakala pengembara yang tiada atau belum lengkap vaksin tempoh kuarantin adalah 10 hari. Ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dijalankan dua hari sebelum berlepas dengan keputusan negatif COVID-19. Ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dibuat pada hari ketibaan di pintu masuk antarabangsa.
"Ujian pengesanan RT-PCR dibuat pada hari kelapan atau RTK Ag yang diselia oleh petugas kesihatan pada hari ke-10.
“Pelepasan kuarantin pada hari ke-10 (diberi) jika ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR pada hari ke-8 atau RTK Ag yang diselia oleh petugas kesihatan pada hari ke-10 adalah negatif,” jelasnya lagi.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Jan 20 2022
Tempoh kuarantin bagi pengembara yang telah menerima dos penggalak atau remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun tanpa pengiring kini dikurangkan dan ditetapkan kepada lima hari, kata Khairy. - Gambar Astro AWANI
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya ikhlas pemergian Firdaus.. Dia wira negara, wira anak-anak Sungai Nibong' - Bapa
"Terima kasih kerana masih sayangkan keluarga saya, masih sayangkan anak saya. Saya ikhlas, demi Allah saya ikhlas pemergian beliau."
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Tempoh kuarantin bagi pengembara dikurangkan lima hari - Khairy
Ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR perlu dijalankan dua hari sebelum berlepas dengan keputusan negatif COVID-19.
Neelofa, PU Riz tidak dikenakan tuduhan rentas negeri - Pejabat Peguam Negara
Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap pasangan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhamad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.
Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan
Azalina berkata kuasa pendakwaan menjadikan Peguam Negara antara individu paling berkuasa di Malaysia.
Badan kehakiman wajib dilihat bebas, tidak dipengaruhi - Penganalisis
Pelantikan Peguam Negara yang diamalkan sebelum ini memberi persepsi bahawa ada perana Perdana Menteri di dalamnya.
Najib akan failkan saman fitnah terhadap Tommy Thomas, penerbit - Peguam
Perkara itu disahkan oleh peguam bekas perdana menteri Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Wilayah Victoria catat penurunan kes COVID-19
Brett bagaimanapun berkata, penularan wabak itu mungkin akan bertambah buruk tidak dibendung.
Inkues Adib: Tiada siapa bangkitkan isu Syazlin sebelum ini - Zuraida
Tiada pihak yang mempertikaikan pelantikan peguam Syazlin Mansor sebelum ini dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.
Masuk campur kes Adib: Pembangkang desak AG letak jawatan
Ketua pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya turut mendesak supaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Tommy.
Ismail Sabri desak AG letak jawatan
Naib Presiden UMNO itu berkata, banyak pihak terkejut apabila Tommy mengumumkan kos guaman kes kapal mewah Equanimity berjumlah RM2 juta daripada keseluruhan kos berjumlah RM15.5 juta.
Gadis lembam diperkosa ayah, abang dan adik lebih 120 kali
Mangsa diperkosa ketiga-tiga ahli keluarganya sendiri selepas kematian ibunya.