KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan pasangan, Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson mengumumkan bakal menerima cahaya mata sulung pada Julai nanti.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu hantaran di Instagram malam tadi.

Melalui akaun yang dikenali sebagai Ijo_ baginda bertitah:

"Mac 2023, saya dan suami dengan gembira ingin mengumumkan kami bakal menerima cahaya mata pertama. Kelahiran tersebut dijangka pada Julai 2023."

Setakat ini, berita gembira tersebut telah mendapat tanda gembira lebih 11,000 pengikutnya serta lebih 1,000 komen di Instagram.


Pasangan diraja tersebut telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 19 April 2019. - Sinar Harian