Sempena Hari Pos Sedunia hari ini, seorang pesara posmen Pos Malaysia mengimbau kembali pengalaman manisnya, termasuk ketika menghantar surat cinta ke rumah pelanggan.
Katanya, menghantar surat dari rumah ke rumah mungkin dianggap satu tugas mudah tetapi realitinya, kerjaya sebagai posmen berdepan pelbagai cabaran, termasuk risiko kemalangan jalan raya, berhujan dan berpanas sepanjang hari.
Othman Sahidan, 61 tahun, dari Kampung Alor Yoi, Jalan Nai Teh, Kuala Nerang, Kedah, berkongsi suka dukanya sepanjang 32 tahun berkhidmat.
Menurutnya, dia memulakan tugas pertama pada 31 Mac 1981, pada usia 24 tahun.
"Sejak itu, boleh dikatakan rutin harian tidak pernah berubah. Keluar jam 8 pagi, pulang ke rumah jam 4.30 petang," katanya sambil menceritakan 'sistem nombor' yang digunakan ketika itu untuk menyusun surat berdasarkan alamat.
"Kalau nak pergi kerja, kita ikut susunannya dulu, barulah boleh pergi. Kalau tidak, sila-silap kena patah balik pula. Kita susun, ikut jalan (alamat).
"Zaman dahulu, meriah. Banyak surat sekali bawa. Paling kurang pun ada 300 lebih dalam sehari," tambahnya.
Kata Othman, pada tahun pertama, dia berkhidmat di Pejabat Pos Jalan Raja, Alor Setar.
BACA: Pos Malaysia keluar siri setem khas sempena Hari Pos Sedunia
Ketika itu, kebanyakan posmen menggunakan basikal untuk menghantar surat dan ada di antara mereka perlu berbasikal sejauh 20 kilometer setiap hari, tanpa mengira hujan atau panas.
Berkhidmat di kawasan kampung, Othman berkata, dia kerap kali menghantar surat cinta yang berbau wangi, yang diletakkan bedak talkum di dalam sampulnya.
"Ada surat yang seperti itu. Kita boleh bau. Kita tepuk-tepuk (sampul surat), keluar macam bedak," katanya.
Kini, walaupun sudah lima tahun bersara, Othman tidak pernah melupakan kenangan sewaktu masih berkhidmat sebagai posmen.
BACA: Zaman berutus surat tinggal nostalgia
Hari Pos Sedunia disambut pada setiap 9 Oktober oleh pentadbiran pos di seluruh dunia.
Ia bertujuan memberi kesedaran kepada umum mengenai peranan pos dalam pembangunan sosial dan ekonomi global.
Salim Aziz
Tue Oct 09 2018
Berkhidmat di kawasan kampung, Othman berkata, dia kerap kali menghantar surat cinta yang berbau wangi. - Astro AWANI / SALIM AZIZ
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Kenyataan 'bedak', 'gelap': Kasthuri Patto mahu rujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen
Kasthuriraani Patto sedang mempertimbangkan untuk merujuk Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Senator AS minta dokumen dari Johnson & Johnson dakwaan bedak talkum penyebab kanser
Ia susulan laporan khas Reuters yang mendakwa produk bedak talkum J7J mengandungi asbestos yang boleh menyebabkan kanser.
'Tepuk-tepuk surat, keluar bedak berbau wangi'
Menghantar surat dari rumah ke rumah mungkin dianggap satu tugas mudah tetapi realitinya, kerjaya sebagai posmen berdepan pelbagai cabaran.
Tiada lagi amalan 'bedak' tiket untuk ahli politik - Mukhriz
Keputusan itu diambil bagi memastikan peristiwa memalukan tahun lalu tidak berulang apabila tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan JDT dikatakan habis dijual dalam tempoh sejam.