UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Terbuka Australia: Djokovic mungkin tidak dapat pertahan gelaran kerana isu vaksin

Victoria, tempat di mana grand slam pertama tahun depan itu akan dianjurkan, telah menentapkan keperluan untuk atlet profesional divaksin bagi membendung pandemik COVID-19.

Astro Arena
Tue Oct 19 2021
Terbuka Australia: Djokovic mungkin tidak dapat pertahan gelaran kerana isu vaksin
Djokovic merupakan antara pemain yang lantang mengkritik keperluan atlet untuk dikuarantin menjelang kejohanan edisi 2021 itu sebelum memenangi gelaran berkenaan. - Gambar fail/REUTERS
PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic, tidak pasti sama ada dia dapat mempertahankan gelaran juara Kejohanan Tenis Terbuka Australia tahun depan atau tidak berdasarkan keperluan untuk divaksin untuk memasuki negara itu.
 
Victoria, tempat di mana grand slam pertama tahun depan itu akan dianjurkan, telah menetapkan keperluan untuk atlet profesional divaksin bagi membendung pandemik koronavirus.
 
Saingan Terbuka Australia 2021 terpaksa ditunda sebulan kepada Februari lalu dan dilangsungkan secara tertutup tanpa kehadiran penonton berikutan perintah berkurung di Melbourne bagi membendung wabak berkenaan.
 
Djokovic merupakan antara pemain yang lantang mengkritik keperluan atlet untuk dikuarantin menjelang kejohanan edisi 2021 itu sebelum memenangi gelaran berkenaan.
 
"Keadaannya masih seperti itu, saya tidak tahu sama ada saya akan ke Melbourne atau tidak," kata pemenang 20 kali gelaran grand slam itu kepada Blic.
 
"Saya tidak mahu mendedahkan status saya sama ada saya telah divaksin atau tidak, ia urusan peribadi dan persoalan yang tidak sesuai.

 
"Ramai orang sudah melampau ketika ini dalam mengajukan soalan dan menilai seseorang.
"Sama ada anda menjawab 'ya, tidak, mungkin, saya sedang memikirkannya', mereka akan mengambil kesempatan.
 
"Sudah pasti saya mahu ke sana. Australia merupakan pentas grand slam paling berjaya buat saya. "Saya mahu bertanding. Saya cintakan sukan ini, saya masih bermotivasi.
 
"Saya mengikuti perkembangan mengenai Terbuka Australia dan saya faham bahawa keputusan akhir (mengenai larangan yang akan ditetapkan) akan dibuat dalam masa dua minggu.
 
"Saya yakin akan ada banyak larangan, sama seperti tahun ini. Saya tidak rasa akan ada banyak perubahan.
 
"Pengurus saya, yang menghubungi Persatuan Tenis Australia, memberitahu saya bahawa mereka sedang menambah baik keadaan buat semua orang, buat mereka yang sudah divaksin dan buat mereka yang belum divaksin," katanya.

#Grand Slam#Terbuka Australia#Novak Djokovic#tenis
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan

AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan

Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).

#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah

Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah

Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]

Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah

Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah

Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera

Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera

Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri

Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri

Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?

AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?

Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69

Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69

Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah

KBS kembali beri tumpuan ke sekolah

Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil

“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil

Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Tenis Terbuka Australia: Djokovic berang provokasi 'sang pengecut'!

Tenis Terbuka Australia: Djokovic berang provokasi 'sang pengecut'!

Djokovic sedikit terusik dengan kata-kata nista yang seakan cuba untuk merapuhkan semangat berkobar-kobar juara 10 kali kejohanan itu.
Tenis Terbuka AS: Caroline Wozniacki lakar kejutan benam Petra Kvitova

Tenis Terbuka AS: Caroline Wozniacki lakar kejutan benam Petra Kvitova

Wozniacki menewaskan pemain pilihan ke-11, Petra Kvitova 7-5, 7-6 (5).
Tenis Terbuka AS: Murray lakar kemenangan ke-200 saingan Grand Slam

Tenis Terbuka AS: Murray lakar kemenangan ke-200 saingan Grand Slam

Andy Murray memenangi perlawanan grand slam yang ke-200 dengan kemenangan tiga set ke atas wakil Perancis, Corentin Moutet, di Terbuka AS.
Wimbledon: Novak Djokovic menyamai rekod separuh akhir Roger Federer

Wimbledon: Novak Djokovic menyamai rekod separuh akhir Roger Federer

Kemenangan itu membawanya mara ke separuh akhir pada kejohanan utama buat kali ke-46 dan kemenangan di Wimbledon kepada 33 perlawanan.
Wimbledon naikkan hadiah kemenangan GBP44.7 juta

Wimbledon naikkan hadiah kemenangan GBP44.7 juta

Wang yang ditawarkan tahun ini meningkat 11.2 peratus berbanding pada 2022 dan 17.1 peratus pada kejohanan prapandemik 2019.
Serena Williams umum hamil anak kedua

Serena Williams umum hamil anak kedua

Juara Grand Slam 23 kali itu berkata kepada media bahawa "tiga orang" hadir di karpet merah ketika tiba bersama suaminya, Alexis Ohanian.
Tenis Terbuka Australia: Djokovic rasa amat disayangi, mulakan misi cipta sejarah

Tenis Terbuka Australia: Djokovic rasa amat disayangi, mulakan misi cipta sejarah

Novak Djokovic memulakan misinya di Melbourne untuk menyamai rekod 22 gelaran grand slam milik Rafael Nadal.
Terbuka Australia: Kepulangan Djokovic baik untuk tenis, kata Nadal

Terbuka Australia: Kepulangan Djokovic baik untuk tenis, kata Nadal

Djokovic akan beraksi dalam Kejohanan Antarabangsa Adelaide sebelum menyertai saingan grand slam pertama bagi 2023 itu pada 16 Jan.
Tenis Final ATP: Taylor Fritz kejutkan Nadal di peringkat kumpulan

Tenis Final ATP: Taylor Fritz kejutkan Nadal di peringkat kumpulan

Fritz memuktamadkan kemenangannya dengan satu lagi persembahan servis yang dominan untuk mencipta kemenangan kedua ke atas Nadal.
Terbuka AS: Swiatek atasi Jabeur untuk raih gelaran grand slam ketiga

Terbuka AS: Swiatek atasi Jabeur untuk raih gelaran grand slam ketiga

Dia kemudian memenangi 37 perlawanan berturut-turut, termasuk ketika memenangi Terbuka Perancis buat kali kedua.