KUALA TERENGGANU: Tiga juta pelancong dijangka berkunjung ke negeri Terengganu pada tahun ini bagi menikmati pelbagai keunikan dan keindahan percutian di negeri ini.
Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, sasaran itu berkurangan sebanyak 2 juta berbanding tahun lalu berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum reda.
Bagaimanapun menurutnya, kerajaan negeri akan mengkaji semula jumlah sasaran 3 juta pelancong itu selepas enam bulan bergantung kepada keadaan semasa COVID-19.
“Kita telah rancang 22 acara utama berkaitan pelancongan dan kebudayaan sepanjang tahun ini seperti program ikonik candat sotong, Tahun Melawat Kenyir serta karnival kebudayaan Terengganu.
“Semua program utama ini diharap dapat menarik kehadiran pelancong ke Terengganu sekali gus memberi impak kepada manfaat rakyat serta kelangsungan sektor pelancongan negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir ke Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Terengganu Incorporated dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Permai Hotel, di sini pada Selasa.
Hadir sama Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @Harun dan Rektor UiTM Cawangan Dungun, Prof Dr Mazidah Puteh.
Melalui MoU itu, hampir 50 pelajar UiTM Cawangan Dungun akan menjalani latihan industri di empat hotel kendalian Terengganu Inc iaitu Permai Hotel, Primula Beach Hotel, Paya Bunga Hotel dan Duyong Marina & Resort pada setiap tahun.
Kerjasama strategik itu juga membolehkan pertukaran kepakaran, pengetahuan dan kemahiran antara kedua-dua pihak bagi tujuan penambahbaikan mutu perkhidmatan masing-masing.
Sementara itu, mengulas penyertaan Terengganu dalam Dubai Expo 2020 di Dubai pada bulan lalu, Ariffin memaklumkan pelancong negara Timur Tengah itu menunjukkan minat yang tinggi untuk datang ke negeri ini.
“Antara produk pelancongan yang menjadi tarikan utama mereka adalah kecantikan pulau-pulau di sini dan kita akan adakan susulan dengan pihak mereka pada Mac nanti,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 11 2022
Ariffin (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Burhanuddin Hilmi (dua kiri) dan Mazidah (dua kanan) di Permai Hotel, di sini pada Selasa. - Foto Sinar Harian
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Buruh dipenjara tujuh bulan cabul rakan baru dikenali
Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Ahad kerana mencabul kehormatan rakan wanita baru dikenalinya.
Guru wanita cedera ditumbuk, ditendang guru lelaki
Seorang guru wanita cedera selepas dipukul rakan setugasnya dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Kemaman pada Ahad.
Rugi lebih RM200,000 kebun harum manis terbakar
Tengku Mohammad Kamal Hishamudin, 29, berkata, dia mengetahui kebun miliknya itu terbakar selepas dihubungi oleh seorang pekerjanya.
Ibu tunggal di Terengganu jadi wanita pertama disebat kerana berkhalwat
Seorang wanita berstatus janda didenda RM4,000 selepas disabitkan kesalahan berkhalwat kali kedua di sebuah rumah di Kemaman.
Mayat bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas
Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas perempuan di Masjid Kampung Pasir Simpul, di sini semalam.
Perdagang wanita untuk eksploitasi seks: Buruh tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Seorang buruh binaan yang didakwa memperdagang seorang wanita berusia 29 tahun bagi tujuan eksploitasi seks pada 11 Mac lepas hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah.
Cahaya pelita hiasi 10 malam terakhir Ramadan
Suatu ketika dulu, memasang pelita atau panjut menjadi sebahagian rutin penduduk pada malam tujuh likur.
Harga martabak hanya 40 sen pada 1987
Seorang peniaga martabak yang berpengalaman menjual juadah itu sejak 30 tahun lalu mengakui makanan tersebut pernah dijual serendah 40 sen pada 1987.
'Geng plastik hitam' dalam radar JHEAT
JHEAT meningkatkan operasi dengan menggerakkan pasukan penguatkuasa syariah di seluruh Terengganu bagi menguatkuasakan tindakan terhadap kesalahan tidak berpuasa bagi umat Islam di negeri itu.
Urus niaga makanan, minuman selepas jam 3 petang
MBKT menetapkan urus niaga makanan dan minuman melibatkan pengusaha, pemilik dan pelanggan beragama Islam hanya dibenarkan bermula jam 3 petang sepanjang Ramadan.