Terima keputusan kes kalimah Allah dengan hati terbuka - Menteri

Teoh El Sen
Oktober 14, 2013 04:30 MYT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyeru rakyat Malaysia menerima keputusan kes kalimah Allah dengan hati yang terbuka.
Jamil Khir berkata demikian ketika mengulas keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang secara langsung membenarkan pengharaman Kementerian Dalam Negeri kalimah Allah oleh penerbitan Katolik The Herald
“Kita mengharapkan semua pihak akan menerima keputusan makhamah dengan hati yang terbuka. Kita sendiri setuju dan menerima,” katanya kepada Astro AWANI.
Jamil Khir berkata ini merupakan satu proses kehakiman yang juga membenarkan mana-mana pihak untuk rayu di Makhamah Persekutuan atas keputusan hari ini.
Pada masa yang sama, Timbalan Setiausaha Agong PKR Darell Leiking berkata keputusan Makhamah Rayuan tidak masuk akal.
“Saya tidak faham kenapa hakim-hakim membuat keputusan sebegini,” kata Darell, yang juga merupakan Ahli Parlimen untuk Penampang, Sabah.
Beliau berkata perkara ini bercanggah dengan keputusan penyelesaian 10 perkara yang ditandantangani oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2011, yang membenarkan penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah.
“Keputusan makhamah jelas bercanggah dengan keputusan cabinet yang. Banyak orang Malaysia yang guna perkataan itu. Saya berasa bimbang kalau inilah cara bergerak ke hadapan, ini tidak sihat untuk rakyat kita,” katanya.
Sementara itu, Timbalaan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar
berkata kementeriannya melihat dari sudut Semenanjung.
“Ramai yang tidak dapat menerima penggunaan kalimah Allah, khususnya di Semenanjung Malaysia, kerana di Sarawak ini sesuatu perkara yang biasa,” katanya.
“Kementerian pandang daripada sudut itu, dan melihat penggunaakan kalimah Allah ini akan mendatangkan suatu ketidakpuasan hati Melayu dan Islam, kementerian turut memandang dari segi sekuriti.”
Wan Junaidi berkata kerajaan juga rasa ia bukanlah sesuatu yang merugikan bagi penganut Kristian untuk menggunakan istilah Tuhan.
“Ia boleh mengelirukan kalau istilah yang sama... kita belajar daripada sejarah, apabila orang Melayu keliru dan tidak puas hati, dan KDN takut kalau perkara ini dibenarkan.”
KDN juga turut melihat daripada sudut perlembagaan dan undang-undang.
“Kita kena akur dengan perkara tersebut. Menerima dan tidak mempolitikannya,” kata Wan Junaidi, yang juga menafikan keputusan makhamah bercanggah dengan keputusan kerajaan sebelum ini.
#Islam #Jamil Khir Baharom #Kalimah Allah #Katolik #Kristian #mahkamah #The Herald