TAWAU: Akibat panik, seorang warga asing dipercayai nekad terjun dari tingkat satu bangunan semata-mata untuk mengelak daripada diperiksa polis dalam serbuan di pusat hiburan di Jalan Datuk Chong Thien Vun di sini, awal pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, lelaki 23 tahun itu bagaimanapun mengalami kecederaan parah sebelum dihantar ke Hospital Tawau dan disahkan meninggal dunia, jam 8.38 pagi.
Terdahulu, katanya polis menyerbu pusat hiburan itu yang didapati beroperasi melebihi masa dan pemeriksaan awal berjaya menahan lima individu termasuk seorang wanita berusia 17 hingga 45 tahun.
“Semua suspek ditahan kerana dipercayai masuk dan tinggal di negara ini tanpa dokumen diri yang sah. Pasukan serbuan turut merampas beberapa peralatan elektronik di pusat hiburan berkenaan.
“Pemeriksaan lanjut di belakang premis berkenaan kemudiannya menemui lelaki terbabit yang terbaring berlumuran darah di atas jalan. Turut berada bersamanya adalah seorang lelaki lain yang kemudian turut ditahan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Katanya, polis menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian berkenaan,
Mengenai serbuan itu pula, katanya kes disiasat mengikut Seksyen 3, Ordinan Hiburan Awam 1958 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/1963.
Petrus Bernard
Tue May 17 2022
Lelaki 23 tahun itu mengalami kecederaan parah sebelum dihantar ke Hospital Tawau dan disahkan meninggal dunia, jam 8.38 pagi. - Gambar/ Media sosial
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
Elak dicekup Imigresen, wanita warga asing tekad terjun bangunan
Seorang wanita warga asing sanggup terjun dari tingkat dua sebuah bangunan bagi mengelak dicekup Jabatan Imigresen di Seremban.
Cubaan pemuda terjun bangunan untuk elak dipukul berjaya dihalang
Lelaki itu berkata dia bertindak demikian untuk bersembunyi dan melarikan diri kerana mendakwa ada individu ingin memukulnya.
Terjun bangunan, warga asing maut cuba elak pemeriksaan polis
Lelaki 23 tahun itu mengalami kecederaan parah sebelum dihantar ke Hospital Tawau dan disahkan meninggal dunia, jam 8.38 pagi.
Lelaki maut dipercayai terjun tingkat lima bangunan di Tawau
Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat lima kawasan tempat letak kereta salah sebuah bangunan komersil di Jalan Kuhara Tawau pada Jumaat.
Lelaki suspek utama kes bunuh, maut terjun bangunan
Suspek telah meminta kepada polis untuk dibawa ke balkoni dengan helah ingin menunjukkan bahan bukti baharu.
Warga emas koma selepas terjun dari tingkat 12
Seorang lelaki warga emas berusia 57 tahun ditemui dalam keadaan parah selepas bertindak nekad terjun dari bangunan sebuah flat di Bandar Baru Sentul Sabtu lalu.
Gagal dipujuk, lelaki maut terjun apartmen di Jalan Ipoh
Lelaki tersebut jatuh dalam keadaan tertiarap dan mengalami beberapa kecederaan di bahagian badan dan lengan.
Tentera maut dipercayai terjun dari tingkat tiga, polis siasat dakwaan dibuli
Mangsa meninggal dunia pada 2.30 petang Ahad ketika masih menerima rawatan di Wad ICU.
Penduduk terkejut bunyi 'dentuman', rupanya lelaki maut terjun rumah pangsa
Mangsa yang berseluar pendek dan berbaju-T warna merah itu dilaporkan maut serta-merta di tempat kejadian.