MALAYSIA
[TERKINI] Fadlun Mak Ujud dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuat kuasa esok
Dr Zaliha (kanan) menyerahkan surat lantikan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur kepada Fadlun. - Gambar Facebook Dr Zaliha Mustafa
KUALA LUMPUR: Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Fadlun Mak Ujud, akan menyandang jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur mulai esok, menurut pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Pelantikan itu yang menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dibuat berdasarkan peruntukan Subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
Fadlun, 58, akan mengambil alih tugas yang sebelum ini disandang Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
Berpengalaman lebih 28 tahun dalam bidang perancangan bandar, pembangunan wilayah dan pengurusan bandar raya, Fadlun merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Sepanjang mengetuai Perbadanan Putrajaya sejak 2022, beliau memainkan peranan penting dalam pelaksanaan Putrajaya Smart City Blueprint 2025 dan inisiatif transformasi hijau serta program kesejahteraan bandar berasaskan kelestarian.
Dr Zaliha berkata, kepimpinan baharu itu diyakini dapat memperkukuh agenda Bandar CHASE dan memastikan Kuala Lumpur terus berkembang sebagai ibu kota global yang berdaya saing dan berdaya huni.
Dalam masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Maimunah atas sumbangan besar sepanjang memegang jawatan Datuk Bandar, selain mengucapkan tahniah atas pelantikan baharunya sebagai Penasihat Hartanah PETRONAS.