KUALA LUMPUR :Adakah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan bahawa ekonomi negara akan lumpuh berikutan krisis politik, seperti yang didakwa segelintir pihak.

Ketua Pakar Ekonomi IQI Global Shan Saeed berkata, berdasarkan perspektif global, kemeruapan ekonomi akan berterusan sehingga tahun hadapan yang memerlukan sedikit pembetulan ekoran kestidakstabilan mikro ekonomi.

"Adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan yang pasaran ekonomi akan lumpuh.

"Melihat pada persektif global, pasaran ekonomi tidak stabil sepanjang tahun ini, kemeruapan ekonomi akan berlanjutan sehingga tahun depan," katanya ketika ditembual oleh Astro AWANI di sini, pada Sabtu. 

Mengulas lanjut Shan berkata, landskap itu bukan sahaja berlaku di Malaysia sebaliknya melanda ekonomi dunia.

"Jadi saya menjangkakan pasaran dunia akan melakukan pembetulan yang mana difahami berikutan ketidakstabilan ekonomi mikro. Selain faktor ini, saya tidak melihat pasaran ekonomi akan runtuh dalam fasa yang begitu cepat," katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan andaian pelbagai pihak yang menyifatkan ekonomi Malaysia berada dalam landasan pemulihan lantunan drastik berbentuk 'V'.

Sebaliknya beliau menjangkakan, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah berbentuk 'U' yang mana akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.