KUALA LUMPUR: Kerajaan diharap dapat mengkaji semula keputusan untuk membenarkan remaja seawal usia 18 tahun menjadi calon pilihan raya.
Menurut Timbalan Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia, Kavita Maheendran, adalah lebih baik sekiranya kerajaan memperkasakan sistem pendidikan negara untuk mempersiapkan golongan itu dengan pendedahan sekucupnya terlebih dahulu sebelum memasuki arena politik dan memahami cara dan bentuk pentadbiran negara.
Kavita berkata, sistem pendidikan negara tidak menyediakan sebarang silibus sebagai persediaan di peringkat sekolah khususnya dalam menghadapi sistem pilihan raya mahupun mengenai amalan demokrasi di negara ini.
“Kerajaan harus ada pelan jangkamasa panjang untuk buat persediaan daripada umumkan (remaja 18 tahun jadi calon pilihan raya) tapi tidak ada tindakan susulan untuk sediakan para belia kita untuk menghadapi situasi ini.
“Malah mereka (remaja) juga mungkin masih tidak tahu apa itu pengasingan kuasa atau perkara-perkara asas seperti perbezaan antara Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan negara. Seandainya kita tidak ada sistem pendidikan seperti itu mungkin idea ini bukanlah sesuatu yang bijak,” katanya kepada Astro AWANI.
BACA: MB, KM setuju pinda undang-undang negeri individu 18 tahun jadi calon pilihan raya - PM
Tambah Kavita lagi, dalam beberapa siri pilihan raya lepas juga menyaksikan masih ada golongan belia bertindak tidak keluar mengundi disebabkan beberapa faktor yang perlu dikaji dan dilihat oleh kerajaan.
“Ada dalam kalangan mereka tidak ada kepercayaan terhadap ahli politik atau mereka rasa satu undi mereka itu tidak membawa perubahan yang baharu kepada negara.
“Kita harus tukar cara pemikiran ini. Kami harap kerajaan perlu meneliti dan adakan persediaan dahulu,” kata beliau lagi.
Realitinya, Kavita berpendapat, masih terlalu awal bagi kerajaan untuk membenarkan golongan belia terlibat atau menjadi calon dalam sistem pilihan raya dalam negara ketika ini.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Nov 25 2021
Majlis Belia Malaysia berpendapat, adalah lebih baik sekiranya kerajaan memperkasakan sistem pendidikan negara untuk mempersiapkan golongan itu terlebih dahulu. - Gambar fail
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
“Bukan makan minum sahaja, perkhidmatan ditawar & diguna juga perlu halal!”
Astro BIZOne beri jaminan siaran kandungan yang sah dan berkualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan dan pemilik premis F&B.
COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro
Langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.