BUKIT MERTAJAM: Seorang profesor dalam bidang ekonomi, John Nash Houchen, 56, dari Kentucky, Amerika Syarikat (AS), memilih Islam sebagai cara hidup setelah tertarik dengan isi kandungan al-Quran.
Beliau yang pernah mengajar di Universiti Winconsin telah mengkaji mengenai Islam sejak sekian lama terutama dari rakan-rakan rakyat Malaysia yang pernah menuntut di universiti berkenaan.
Bermula dari situ, John Nash pertama kali berkunjung ke Malaysia pada tahun 2019 untuk mengenali agama Islam selain budaya penduduk di negara ini sebelum pulang semula ke AS.
Hasratnya untuk kembali semula ke Malaysia tertangguh lebih dua tahun berikutan penularan COVID-19.
“Apabila sempadan negara dibuka, saya terus ambil kesempatan untuk kembali semula ke Malaysia.
“Semasa dalam penerbangan ke Malaysia, saya sempat mendengar alunan bacaan al-Quran berserta terjemaahannya.
“Hati saya semakin tertarik dengan isi kandungan al-Quran itu.
“Sebaik sahaja menjejakkan kaki di Malaysia, saya nekad dan yakin untuk memeluk Islam dengan menghubungi kenalan rakyat Malaysia yang ada untuk membantu saya,” katanya.
John Nash berkata demikian selepas mengucapkan syahadah yang secara sah menjadikan beliau seorang muslim.
Majlis ucapan syahadah itu dikendalikan oleh Penaung Persatuan Infaq Kebajikan Ummah Takaful (MyIKUT), Zolkifly Md. Lazim di Pejabat Pesuruhjaya Sumpah Yuyun, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang baru-baru ini.
MyIKUT merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang banyak membantu dan menyelesaikan pelbagai masalah golongan mualaf di negeri Pulau Pinang.
Sejurus selesai mengucapkan syahadah, Johd Nash memberitahu, hatinya berasa lebih tenang dan tenteram.
“Perasaan tenang dan tenteram ini tidak pernah ada, ia datang tiba-tiba. Saya rasa lega,” katanya mengucapkan kesyukuran.
John Nash juga memberitahu, antara faktor beliu memilih Islam ialah kerana keikhlasan penganutnya termasuk apabila berhadapan dengan orang bukan Islam.
“Sejak mengenali ramai penuntut beragama di Amerika Syarikat termasuk dari Malaysia, saya dapati mereka ini ikhlas dalam kehidupan termasuk ketika membantu penganut agama lain dan sebagainya.
“Dari situlah minat saya untuk mengkaji agama Islam bermula,” katanya.
Menjawab pertanyaan, John Nash berkata, beliau terkejut apabila mendapati proses seseorang untuk memeluk agama Islam amat mudah iaitu dengan mengucapkan syahada dengan dihadiri beberapa orang saksi.
“Pada mulanya saya ingatkan perlu melalui pelbagai tapisan. Tapi rupanya Islam itu mudah dan tidak menyusahkan orang,” katanya.
John Nash menambah, kini beliau berhasrat untuk terus menetap dan menjalani kehidupannya di Malaysia selepas baru sahaja bersara sebagai tenaga pengajar di universiti di AS.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua termasuk MyIKUT. Selain tenang, gembira, teruja, saya kini merasakan ada kekuatan dalam diri untuk terus menjalani kehidupan yang akan datang,” katanya.
Sementara itu, Penaung MyIKUT, Zolkifly Md. Lazim berkata, pihaknya menerima permintaan daripada penduduk untuk membantu John Nash memeluk Islam.
“MyIKUT akan sentiasa membantu golongan mualaf. Mereka yang telah peluk Islam kita akan pantau dan jika ada keperluan seperti bantuan, nasihat dan sebagainya, MyIKUT sentiasa ringan tulang,” katanya.
Astro Awani
Wed May 25 2022
Prof. John Nash Houchen dari Kentucky, Amerika Syarikat (AS), memilih Islam sebagai cara hidup setelah tertarik dengan isi kandungan al-Quran.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Tertarik kandungan al-Quran, Prof. Amerika Syarikat pilih Malaysia untuk peluk Islam
John Nash Houchen telah mengkaji mengenai Islam sejak sekian lama terutama daripada rakan-rakan rakyat Malaysia yang pernah menuntut di Universiti Winconsin.