Seorang kerani wanita rugi lebih RM5,000 selepas terpedaya dengan helah kiriman hadiah misteri dari kenalan Instagram.
Mangsa berusia 29 tahun dari Rompin membayar RM5,500 kepada sindiket penipuan yang menyamar sebagai ejen syarikat kurier bagi menuntut hadiah yang sebenarnya tidak wujud.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa mendakwa dia berkenalan dengan lelaki dari luar negara menggunakan nama Kenny Wang melalui laman sosial Instagram sejak sebulan lalu.
Menurutnya, semalam, wanita itu menerima pesanan daripada suspek kononnya dia ada menghantar hadiah sebagai tanda perkenalan namun enggan mendedahkan barang yang dihantar untuk kejutan.
“Pada hari yang sama, mangsa menerima panggilan daripada seorang wanita memperkenalkan diri sebagai ejen sebuah syarikat kurier memaklumkan hadiah tersebut telah sampai dan diminta membayar kos penghantaran RM5,500 sebelum kiriman itu boleh dituntut.
“Tidak sedar dia ditipu, mangsa akur apabila membuat bayaran melalui pindahan wang ke akaun yang diberikan atas nama ejen tersebut,” katanya.
Mohd Wazir berkata, mangsa syak dia ditipu apabila suspek meminta bayaran tambahan RM18,000.
“Mangsa tidak menuruti kehendak suspek sebaliknya segera membuat laporan polis, semalam,” katanya.
“Susulan laporan di buat mangsa, kita membuka kertas siasatan kes ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sinar Harian
Wed Jun 12 2019
Wanita itu menerima pesanan daripada suspek kononnya dia ada menghantar hadiah sebagai tanda perkenalan. - Gambar hiasan
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Teruja dapat hadiah misteri, wanita rugi RM5,500
Suspek kononnya menghantar hadiah sebagai tanda perkenalan namun enggan mendedahkan barang yang dihantar untuk kejutan.