Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha mewujudkan peluang untuk belia adalah kunci kepada masa depan yang lebih terjamin bagi Malaysia.
Beliau berkata ini termasuklah dengan memastikan pendidikan dan kemahiran yang betul disediakan untuk mereka.
Sehubungan itu, beliau berkata Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah penting dalam melahirkan tenaga kerja muda yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
"Inilah sebabnya mengapa semua institusi TVET Malaysia di tujuh kementerian sedang digabungkan untuk menjadi TVET Malaysia di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia," kata Najib semasa merasmikan Wacana Belia Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (KLIYD2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Perdana Menteri juga bercakap tentang perlunya mengambil pendekatan yang lebih holistik terhadap isu-isu yang mungkin memberi kesan kepada golongan muda.
"Sebagai contoh, sejak sekian lamanya kami berusaha gigih untuk menangani penagihan dadah. Tetapi kabinet saya mengakui bahawa pendekatan sedemikian mungkin bukanlah cara yang paling berkesan," kata beliau.
Najib berkata 'Agenda Sosial' yang mahu diperkenalkan kerajaan akan melihat kepada usaha menyelesaikan masalah penagihan dadah menerusi penyertaan.
Beliau berkata ini akan memastikan golongan muda mempunyai pekerjaan supaya mereka mahu menjalani kehidupan berbanding mengejar eskapisme yang menghancurkan kehidupan.
"Daripada mengasingkan penagih, kita perlu menyatukan mereka. Kita perlu memberi peluang kepada mereka," katanya pada majlis itu yang dianjurkan menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang berlangsung dari 5 hingga 9 Dis ini.
Perdana Menteri berkata kerajaan juga membelanjakan hampir RM13 bilion untuk membantu golongan muda memiliki rumah mampu milik dan menyelesaikan isu perumahan terutamanya di kawasan bandar.
"Ini adalah antara beberapa dasar yang kita buat untuk menangani cabaran dalam mewujudkan masa depan yang lebih terjamin bagi golongan muda Malaysia," kata beliau sambil memberitahu bahawa kerajaan juga banyak berunding dalam merumuskan agenda Transformasi Negara 2050 (TN50).
Najib menggunakan platform itu untuk menyerlahkan pelbagai pencapaian kerajaan susulan kestabilan yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara demokratik dan diterajui oleh UMNO.
Perdana Menteri turut menempelak mereka yang membuat pelbagai janji tetapi tiada sebarang rekod kejayaan untuk diperkatakan.
"Mereka menentang walaupun secara diam-diam, mereka bersetuju dengan sesuatu cadangan itu - kerana mereka bukannya bimbangkan kebajikan rakyat Malaysia. Tidak. Mereka hanya bimbangkan cita-cita politik yang mementingkan diri sendiri sahaja," kata beliau.
Najib seterusnya membidas belanjawan bayangan pembangkang dengan menyatakan bahawa ekonomi fantasi mereka hanya akan menjadikan Malaysia tidak selamat, tidak terjamin dan tidak stabil.Perdana Menteri berkata kerajaan pimpinannya, sebaliknya, mempunyai rekod pencapaian yang sudah terbukti.
"(Ia) adalah rekod yang menyaksikan delegasi kerajaan Malaysia diberi sambutan penuh minat oleh para pemimpin di seluruh dunia - dari Amerika Syarikat dan United Kingdom ke China, India dan Arab Saudi, sekadar menyebut beberapa negara," kata beliau.
Beliau berkata ia juga merupakan rekod yang menyaksikan Malaysia menerima penghargaan daripada Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi serta banyak institusi global lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2017
NAJIB berkata usaha mewujudkan peluang untuk belia adalah kunci kepada masa depan yang lebih terjamin bagi Malaysia. - Gambar Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.