KUALA LUMPUR: Kursus Perdana Haji Musim 1442H/2022M anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara bermula 15 Mei hingga 29 Mei ini.
TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Kursus Perdana Haji itu merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus haji yang dikendalikan oleh TH di seluruh Malaysia.
Seramai 14,306 bakal haji Malaysia menunaikan haji pada tahun ini.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata objektif utama penganjuran Kursus Perdana Haji adalah bagi melahirkan jemaah haji berpengetahuan dan berkeyakinan ketika melaksanakan ibadat haji kelak.
"Bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan bagi memberi gambaran sebenar di Tanah Suci. Melalui kursus ini, kami tunjukkan mereka suasana sebenar sepanjang ibadah itu dilakukan kelak," katanya.
Beliau turut menyarankan agar semua bakal haji yang terpilih tahun ini hadir ke Kursus Perdana yang akan diadakan di negeri masing-masing.
"Ambil peluang ini untuk mengulang kaji dan jika ada sebarang persoalan, bertanya terus kepada pegawai TH dan pembimbing ibadat haji yang sentiasa bersama bakal haji semasa kursus berlangsung," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menasihati bakal jemaah haji untuk berganding bahu, menghormati antara satu sama lain dan mengelakkan sebarang kekecohan bagi memastikan ibadat haji yang bakal dilaksanakan berjalan dengan lancar.
"Yang paling penting, para bakal haji perlu menjaga kesihatan bermula sekarang. Lakukan senaman ringan dan minum air secukupnya agar kekal sihat sebelum berlepas ke Tanah Suci.
"Dalam situasi wabak yang masih belum pulih, kebersihan diri perlu diutamakan dan jika tidak sihat, segeralah ke klinik TH untuk mendapatkan rawatan bagi mengelak ia berlarutan," katanya.
Seramai 2,700 jemaah dari Selangor menyertai Kursus Perdana Haji 2022 yang dianjurkan oleh TH dan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 22 2022
Kursus Perdana Haji itu merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus sebelum ini. - Gambar/ Bernama
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
TH anjur Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara sehingga 29 Mei
Kursus Perdana Haji Musim 1442H/2022M anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara bermula 15 Mei hingga 29 Mei ini.
Haji: Arab Saudi masih belum keluar kenyataan rasmi - Zulkifli
Bagaimanapun, Zulkifli berkata, Malaysia perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Bakal haji perlu diberi gambaran sebenar di Tanah Suci - Mujahid
Pengendali kursus ibadat haji disaran memberi penerangan terperinci mengenai situasi sebenar dan cabaran yang bakal dilalui bakal-bakal haji.