KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik usaha Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjaya memperolehi 10,000 kuota tambahan semasa pertemuannya dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz Al Saud semalam.

Dalam satu kenyataan, TH berkata, penambahan kuota haji ini akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menunaikan ibadat haji serta dapat mengurangkan masa menunggu untuk masa hadapan.

"Saban tahun TH akan membuat persediaan rapi merangkumi pelbagai aspek di tanah air dan tanah suci bagi memastikan kelancaran umat Islam di Malaysia melaksanakan rukun Islam kelima," kata kenyataan itu pada Rabu. 

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota rasmi haji untuk jemaah Malaysia.

Berita baik itu disampaikan Perdana Menteri selepas perjumpaan beliau bersama  Putera Mohammed Salman di Istana Yamamah. 

BACA: Malaysia dapat tambahan 10,000 kuota haji