Sambutan Thaipusam peringkat negeri Johor meriah dengan kehadiran lebih 50,000 penganut Hindu di Kuil Arulmigu Thandayuthapani Kovil.

Sambutan yang bermula jam 7 pagi ini turut dimeriahkan dengan kehadiran menteri besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta pelancong dari Jepun, United kingdom dan Indonesia.

Pengerusi kuil, Dr. C Vatemalee berkata kuil yang berusia 98 tahun itu sudah mengadakan 71 sambutan Thaipusam sejak tahun 1917.

Katanya pada tahun ini lebih 3,000 pembawa kavadhi dan belanga menyertai upacara itu bagi menunaikan nazar selain memohon keampunan.

“Apa yang membuatkan sambutan tahun ini lebih meriah adalah kehadiran pelancong asing dari Amerika Syarikat, United Kingdon dan juga dari Jepun. Tahun ini terdapat lebih daripada 3,000 pembawa kavadhi yang berjalan lebih daripada lima kilometre dari Kuil Rajamariamman di Jalan Ungku Puan, sampai ke sini,” beliau berkata.

Sementara itu pelancong Jepun, Nobuko yang baru pertama kali menyaksikan perayaan itu teruja dengan suasana yang meriah dan berwarna warni.

Katanya perayaan ini memberi gambaran semua orang perlu bergembira dalam suasana aman.