Sesiapa sahaja boleh bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya, berkata Malaysia adalah negara demokrasi, justeru siapa sahaja boleh bertanding di mana-mana kawasan pada PRU ke-14 nanti termasuk mereka yang tidak mewakili parti politik.
"Ramai juga orang yang bertanding sebagai calon Bebas, jadi tiada masalah," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Program Jom Kembali ke Sekolah dan Jom Potong Rambut di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(1) di sini, hari ini.
Program anjuran pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Putrajaya dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu menyediakan perkhidmatan gunting rambut secara percuma kepada kira-kira 400 pelajar.
Semalam, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyatakan kemungkinan beliau akan bertanding sama ada di kerusi Parlimen Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya pada PRU14 nanti.
Mengulas mengenai ucapan Dr Mahathir pada mesyuarat agung parti itu semalam bahawa rakyat akan bebas bersuara jika Pakatan Harapan menang pada PRU14, Tengku Adnan berkata pembangkang gemar bermain dengan sentimen tersebut walaupun kebebasan bersuara telah wujud di negara ini.
"Dia sendiri pun bersuara setiap hari. Kita tahu pembangkang menggunakan sentimen ini untuk meracuni pemikiran rakyat," katanya.
Menurutnya PPBM juga harus membuktikan bahawa perjuangan yang dibawanya benar-benar untuk membela nasib rakyat dan bukan ditubuhkan atas dasar tidak puas hati seperti parti-parti serpihan lain.
"Saya yakin rakyat akan sedar bahawa mereka ini seperti parti-parti serpihan yang ditubuhkan oleh kerana sakit hati, ego, dendam dan barangkali untuk mencapai matlamat yang tidak kesampaian," kata Tengku Adnan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2017
Tengku Adnan bersama Senator Dewan Negara yang juga Timbalan Ketua UMNO Putrajaya Datuk Seri Khairuddin Samad (dua, kiri) mengunting rambut murid ketika Program Kembali Ke Sekolah di SK Putrajaya Presint 9 (1) hari ini. -- fotoBERNAMA
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
DAP Sarawak bertanding pilihan raya negeri akan datang - Chong
DAP Sarawak mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang, kata Pengerusinya Chong Chieng Jen.
Pas beri bayangan bertanding PRN Sabah - Abdul Hadi
Pas Sabah memberi bayangan akan kembali bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang selepas tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
Larangan bertanding individu disabit jenayah ditarik semula
Keputusan ini membuka jalan kepada bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif bertanding bagi jawatan itu, untuk kali keempat.
Bolsonaro sekali lagi dilucut hak bertanding pilihan raya
Bolsonaro tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya sehingga 2030.
Pengasas Foxconn umum bertanding pilihan raya Presiden Taiwan
Terry Gou, mengumumkan pada Isnin bahawa beliau akan bertanding untuk pilihan raya presiden Taiwan 2024 sebagai calon Bebas.
PRN: Ahmad Faizal umum tidak bertanding mana-mana kerusi di enam negeri
Ahmad Faizal menegaskan, tugasnya adalah membantu melicinkan perjalanan jentera parti menjelang PRN.
Zambry tarik diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO
Zambry memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira tugas rasminya sebagai Menteri Luar Negeri dalam kerajaan.
Pemilihan UMNO bermula 1 Februari ini
Tarikh pendaftaran bagi calon-calon untuk pertandingan di Bahagian dan Pusat bermula pada 13 Februari 2023 dan ditutup pada 26 Februari 2023.
Zambry beri bayangan bertanding Pemilihan UMNO
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberi bayangan akan bertanding pada pemilihan UMNO yang bakal diadakan sebelum 19 Mei tahun ini.
PKR secara rasmi pecat Tian Chua - Laporan
Selain Tian Chua, empat lagi anggota parti itu turut menerima nasib yang sama kerana bertanding pada PRU15 sebagai calon Bebas atau atas tiket parti lain.